Monday, 27 September 2010

PRASANGKA = BURUK SANGKA



PRASANGKA MENUTUP KEJAYAAN DIRI

(Petikan Tafsir Radio IKIM 91.5fm)




Sikap prasangka boleh menghalang kejayaan.

Sikap prasangka ini pernah berlaku kepada kumpulan Ahli Sunnah di zaman dahulu tatkala mereka bersikap buruk sangka kepada kumpulan ahli Muktazilah sehingga tidak mahu bersama kumpulan ini untuk berbincang tentang hal agama, ketika dijemput berbuat demikian oleh Sultan pemerintah mereka. Mereka berpendapat bahawa kumpulan Muktazilah adalah kumpulan terkeluar dari Islam dan tak perlulah (tak halal) untuk bermuzakarah dengan kumpulan tersebut, walau pun jemputan berbincang tersebut adalah dari Sultan (pemerentah).

Kecualilah Abu Bakar Bathilani (bermazhab Maliki), yang tidak bersikap prasangka tersebut. Beliau menyatakan kepada gurunya, Abu Hassan Bahiri, bahawa mereka perlu pergi bermuzakarah supaya mereka dapat berhujjah tentang Islam secara terbuka. Katanya lagi bahawa jika tuan gurunya tak mahu menerima jemputan Sultan untuk bermuzakarah, biarlah dia sendiri yang pergi dan membentangkan kebenaran Ahli sunnah kepada Sultan dan kumpulan Muktazilah tersebut.

Kesannya, selepas berhujjah di perjumpaan tersebut kumpulan Muktazilah kalah dalam perdebatan mereka dan hasilnya Sultan mula tak berpecaya kepada kumpulan Muktazilah dan kepercayaannya berpindah kepada Kumpulam Ahli Sunnah. Dan Sultan pula telah melantik Abu Hassan Bahiri menjadi Kadhinya.

Inilah kesan kerana adanya sikap terbuka seorang ulama yang tidak menutup pintu untuk berbincang walaupun, dengan kumpulan yang dikatakan mengeleweng. Jikalah beliau tidak berbuat demikian mungkin kumpulan Ahli Sunnah akan terus dipinggirkan tanpa pengaruh di negeri tersebut, sementara kumpulan Muktazilah menjadi bertambah kuat pengaruhnya.

Pemergiannya untuk bertemu muka dengan “musuhnya” itu berjaya menaiki martabat kumpulannya yang benar.

Dapatlah kita mengambil pengajaran di sini, bahawa perkara baik dan benar itu akan terus terbantut-terpendam jika adanya sikap prasangka yang tak terkawal. Mungkin kena juga ada sikap "Berani kerana benar".

Jika sikap prasangka tersebut terus dianuti oleh semua ahli Kumpulan Ahli Al Sunnah tatkala itu maka Kumpulan Muktazilah akan terus dipercayai oleh sultan dan Kumpulan Ahli Al Sunnah akan terus dipinggirkan.

Abu Bakar Bathilani yang bermazhab Maliki telah digelar sebagai pedang Ahli Al Sunnah sejak ia menjadi orang kepercayaan Sultan sebagai Kadhi.

______________________________

Sikap terbuka Abu Bakar Bathilani telah menghasilkan kejayaan kepada Kumpulan Ahli Sunnah dan meminggirkan Kumpulan Muktazilah yang dulunya sangat berpengaruh kepada pemerintah dan masyarakat. Perbincangan tersebut telah menghasilkan hikmahnya, yang mungkin akan terus terpendam jika tak diterokai.

Hikmah itu boleh datang dari tempat yang kita tak jangka. Jika kita tak berada di tempat tersebut maka ianya akan terus terpendam. Perlulah kita berusaha mendapatkannya.

-------------------------------------------------

Jadi perlulah kita buangkan sikap prasangka kita dan mula bersikap baik sangka, walaupun kita harus perlu berjaga2.

Disarankan untuk membaca Majallah Solusi edisi 23 untuk penerangan selanjutnya.

Kebiasaannya buruk sangka datangnya dari hati yang kotor. Contohnya seorang penjahat akan merasa bahawa semua orang kelilingnya adalah polis dan perlu ia takuti dan berburuk sangka.

---------------------------------------------------------

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW pernah bersikap prasangkan tehadap kaum yang dahulunya bermusuh dengannya sebelum mereka memeluk Islam. Tatkala beliau diarahkan oleh Nabi untuk mengutip zakat dari kaum tersebut, beliau telah pergi ke kabilah kaum tersebut menjalankan tugas yang diarah.

Tetapi tatkala sampai ia melihat ramai menunggunya dan disangkanya mereka ini hendak membunuhnya. Tampa usul periksa sahabat ini telah balik ke Madinah melapurkan kepada Nabi bahawa kaum ini telah murtad dan hendak membunuhnya. Nabi nyaris membuat keputusan untuk memerangi kaum tersebut berdasarkan kepada percakapan sahabat berkenaan.

Inilah akibat perasaan prasangka. Prasangka sahabat tersebut telah membuatnya berbohong dan bercakap perkara yang tak benar.

Sebenarnya kaum tersebut sedang menunggu wakil Nabi untuk mengutip zakat dan bukan bertujuan untuk membunuh sahabat yang datang mengutip zakat tersebut.

Jika sahabat tersebut berbaik sangka terhadap kaum yang ditemuinya untuk memungut zakat, maka segalanya akan selamat.



Dengarlah siaran IKIM setiap pagi 6.30 pagi ulangannya pada 8.00 malam
bagi cerita selanjutnya (Tafsir Al Quran).

Ejaan nama mungkin tak tepat kerana rujukan hanya hasil pendengaran Radio.



Lebih faham dan ingat lebih lama kalau saya tuliskan, InshaAllah

Friday, 30 July 2010

MEREKA BERTANYA TAK PERCAYA




Tuan Ihsan buka cerita lagi pagi tadi. Cerita Bab 30 Siri nombor 078 yang kami rengkaskan di bawah ini ceritanya. Selalunya orang sebut ceritanya cerita "Amma". Kanan kliklah "3-garisan rajah" di atas untuk lihat yang kami sorokkan.


Kumpulan mereka bertanya2 tentang berita besar, berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan. Mereka masih ragu dan berselisihan mengenainya.

Sabenarnya tak perlulah mereka bersikap sedemikian! Akan sampai masanya di mana mereka akan mengetahuinya dengan yakin kebenaran hari balasan tersebut.

Sekali lagi disarankan supaya mereka jangan berselisihan mengenainya! Akan diketahui juga kelak tentang apa yang akan menimpa mereka.

Mengapa mereka ragukan kekuasaan Allah menghidupkan semula orang yang telah mati? Bukankah Allah yang menjadikan bumi terbentang luas sebagai hamparan? Menjadikan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? Menciptakan mereka (dan kamu) berpasangan? Menjadikan tidur untuk berehat? Dan menjadikan malam yang gelapnya itu sebagai pakaian yang melindungi? Juga dijadikan siang terang benderang untuk mencari rezeki kehidupan?

Dan Allah binakan tujuh petala langit yang kuat kukuh? Mengadakan matahari sebagai lampu yang terang cahayanya? Kemudiannya Ia menurunkan dari awan, air hujan yang mencurah bagi dikeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, serta kebun subur bertaut pokoknya?

Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan. Tatkala ditiup sangkakala, kamu semuanya akan bangkit hidup serta datang berpuak-puak ke Padang Mahsyar.

Tatkala itu bumi sudah dipecah belahkan menjadikan setiap belahannya ibarat pintu yang terbuka luas. Gunung-ganang telah dihancurkan dan berada beterbangan di angkasa ibarat riak sinaran panas di padang pasir.

Neraka Jahannam tersedia sebagai tempat kembali kekal bagi orang yang melampaui batas hukum Tuhan. Mereka di situ, kepanasan tanpa sebarang minuman kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir. Inilah balasan yang sesuai dengan amal mereka yang buruk semasa di dunia dahulu.

Dulunya, mereka tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal. Dan mereka mendustakan ayat keterangan Allah, walhal setiap sesuatu dari bawaan hidupnya telah Allah hitung dan catat.

Tatkala di dalam neraka akan dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat Kami, maka rasalah kamu azab yang disediakan, kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”.

Sebaliknya, bagi orang yang bertaqwa pula, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. Mereka akan beroleh taman bunga dan kebun buah-buahan, terutama anggur. Dan perawan yang sebaya umurnya, serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.

Itulah balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup menurut yang dijanjikanNya.

Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu.

Pada masa itu Jibril dan malaikat lainnya berdiri bersaf-saf menunggu perintah Tuhan, tidak ada yang berani berkata-kata memohon pertimbangan melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Itulah keterangan mengenai hari kiamat yang tetap akan berlakunya. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya dengan iman dan amal yang soleh!

Dengan keterangan di atas, maka dengan ini diberi amaran kepada kamu mengenai azab yang akan berlaku, iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya semasa di dunia ini. Dan tatkala orang yang kafir akan pula berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan”.


Baca dan dengar cerita selanjutnya di SINI: http://www.alquran-melayu.com/78-an-naba/


Saturday, 10 July 2010

89 SURAH AL-FAJR dan 090 SURAH AL-BALAD




Bacaan subuh tadi (Iman HIMR)



089 SURAH AL-FAJR

Klik sini untuk baca dan dengar Surahnya

Surah dan Rengkasannya















































Klik baca dan dengar



Surah dan Rengkasannya



Thursday, 3 June 2010

084. Al-Insyiqaq dan 086. At-Tariq

84. Al-Insyiqaq

(Klik untuk baca dan dengar)




Surah ini bermaksud “Terbelah”, mengandungi 25 ayat Makiyyah diturunkan sebelum hijrah.

Isi kandungannya menyatakan peristiwa diawal kejadian kiamat termasuk kepayahan manusia untuk menenmui Tuhannya dan hasil pertemuan tersebut yang akan samaada mendatangkan kegembiraan atau kesengsaraan kepadanya. Setiap amalan yang baik dan juga amalan yang sebaliknya akan dibalas oleh Allah ketika itu. Bahagialah bagi mereka yang berbuat baik dan celakalah bagi mereka yang sebaliknya.

Kejadian hari kiamat ini telah ditentang oleh orang kafir.







############################################################


86. At-Tariq

(Klik untuk baca dan dengar)



Surah ini bermaksud “Yang datang pada malam hari”, mengandungi 17 ayat Makiyyah diturunkan sebelum hijrah.

Menyatakan bahawa setiap jiwa dipelihara dan diawasi oleh Allah. Manusia pula tak perlu sombong dan takbur kerana mereka dijadikan Allah dari air mani dan akan dihidupkan semula selepas ianya mati nanti. Tatkala itu tak ada apa-apa kuasa yang dapat menolong mereka kecuali Allah.

Surah juga menyatakan bahawa Al Quran membezakan yang hak dengan yang bathil. Juga tentang rancangan orang kafir membuat rancangan menentang Nabi Muhammad SAW yang nama digagal oleh Allah. Mereka pula diberi tangguh oleh Allah buat sementara.





Tuesday, 1 June 2010

91. Asy-Syams & 92. Al-Lail

Subuh 100531

Nabi Soleh telah adalah rasul yang dihantar Allah kepada kaum Thamud yang engkar tidak mahu menyembah Allah dan menurut perentahNya. Bagi membuktikan Nabi Solah adalah seorang rasul Allah maka seekor unta betina telah dijelmakan oleh Allah dari batu gunung dan diperentah kepada kaum Thamud supaya tidak mengganggu unta tersebut dan berkongsi air mengikut ketetapan sehari untuk mereka dan sehari untuk unta tersebut.

Kaum tersebut terus engkar dan membunuh unta tersebut. Kesannya mereka diazab Allah hingga binasa kesemuanya.

Surah ini menyatakan yang Allah bersumpah dengan makluk ciptaannya yaitu matahari, bulan, siang. malam, langit, bumi, manusia dan segala kelengkapannya, bahawa kejadian manusia adalah sempurna dan mereka pada asalnya adalah dalam keadaan tersedia bersih. Mereka sendirilah yang mencorak diri mereka untuk mengikut jalan yang benar atau memilih kepada jalan maksiat.

Dijelaskan bahawa akan bahagialah mereka yang memilih jalan kebaikan dan sengsaralah mereka yang memilih jalan maksiat.

Diceritakan pula tentang kaum Thamud yang menderhaka dan membunuh unta betina yang dijadikan mukjizat kepada Nabi Soleh. Kaum tersebut kemudiannya dimusnahkan Allah kerana kekufuran dan derhaka mereka.



Isi Surah:
Rengkasan Surah
Petikan dari Al Quran

91. Asy-Syams

(Baca dan dengar)







*********************************************************

92. Al-Lail

(Baca dan dengar)

Petikan Al Quran
Isi Kandungan
Rengkasan Surah




******************************************************************

Friday, 28 May 2010

Saturday, 22 May 2010

75. AL-QIAMAT (Bacaan Solat Subuh Mei 23)

*****************************************

075 SURAH AL- QIAMAT

(Klik sini untuk baca dan dengar Surahnya)


******************************************************

Surah ini mengandungi 40 ayat dan diturunkan di Mekah

Secara rengkas, Surah ini menyatakan bahawa bukannya susah bagi Allah untuk menghidupkan kembali manusia setelah mereka mati nanti.

Manusia ini dijadikan Allah dari setitis mani yang dibentukkan menjadi manusia yang sempurna dengan dibekalkan akal fikiran dan pancaindra.

Akan tetapi manusia banyak yang membantah dan ingkar dari menurut apa yang diwahyukan oleh Allah melalui rasulNya dan KitabNya. Mereka tak percaya kepada adanya hari akhirat dan hari penerimaan balasan dari apa yang mereka lakukan dan yang tak mereka lakukan semasa mereka hidup di dunia ini.

Walau bagaimanapun negeri akhirat akan tetap menjelma dan mereka sudah tentu akan tetap menghadapin kehidupannya.

Beruntunglah mereka yang beriman dan beramal soleh dan celakalah mereka yang kufur dan ingkar ketika itu. Segalanya adalah atas pilihan mereka sendiri setelah diberi panduan dan jalan.

Dalam Surah ini Allah bersumpah dengan Hari Kiamat dan “Nafsul Lawwaamah” bahawa manusia akan dihidupkan semula selepas mereka mati nanti. Tetapi mereka yang kafir tidak percayan ianya akan berlaku.

Apabila ianya berlaku mereka yang kafir tersebut akan menjadi kecut dan tak tahu ke arah mana nak melarikan diri kerana tiada lagi tempat untuk menyelamatkan diri mereka. Tempat perlindungan hanyalah di sisi Allah.

Pada hari itu segala pekerjaan baik mereka akan dibalas baik dan perbuatan jahat mereka akan dibalas dengan azab sengsara. Anggota badan mereka pula akan berkata benar dan menjadi saksi atas segala perbuatan yang mereka telah lakukan.

Semasa di dunia ini, mereka yang lalai ditegur supaya jangan pentingkan dunia yang sementara ini dan melupakan keadaan akhirat yang kekal penghidupannya. Pada hari akhirat nanti orang yang beriman akan beseri2 dan hidup bahagia, sementara yang kafir akan terseksa dengan azab sengsara.

Ingatlah tatkala roh orang yang nak mati ketika sampai ke kerongkongnya dan ia yakin sampai masa perpisahannya dan kedahsyatannya bertindih2.

Mereka yang tak percahayan hari akhirat akan mendustakan Allah dan berpaling ingkar dan tidak mahu mengerjakan sembahyang. Juga berlagak sombong megah.

Hari kebinasaan sudah pun hampir. Ingatlah bahawa Allah tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja tanpa diberi tanggung jawab. Dan mereka pasti akan dihidupkan semula untuk menerima balasan.

Manusia dijadikan Allah dari air mani untuk menjadi manusia yang sempurna. Adakah Allah tidak pula berkuasa menghidupkan kamu semula selepas kamu mati kelak?

Disamping itu janganlah tergesa-gesa membaca Al Quran dengan tujuan hendak cepat menghafalkannya. Allah berkuasa menyebabkan kamu faham dan dapat menghafalkannya tanpa kamu tergesa berbuat demikian.

Tamat






RENGKASAN SURAH