Saturday 19 December 2009

TASKIRAH PAGI AHAD 091220

TASKIRAH PAGI AHAD 091220

003 SURAH A-LI-'IMRAN

(Ayat 134 hingga 136)



Hanya Al Quranlah kitab Allah yang masih kekal dalam bentuk kandungan asalnya sejak ianya diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun dahulu. Kitab Allah yang lainnya saperti Taurat dan Injil telah hilang keasliannya kerana telah banyak diubah pinda oleh penganutnya. Jadi ajaran yang ada dalan kitab2 itu bukanlah ajaran yang asalnya lagi. Kitab dan suhuf lainnya saperti suhuf Nabi Ibrahim dan Nabi Daud juga sudah tak ada lagi.

Jadi hanya ajaran dan panduan dari Al Quranlah yang boleh kita ikuti kerana ianya adalah dalam bentuk isi kandungan asalnya sapertimana di kehendaki Allah.

Al Quran menyarankan supaya manusia menghulurkan sedekah mendermakan hartanya ketika dia senang atau dia dalam keadaan susah. Ini adalah kerana ramai orang lain yang lebih susah daripadanya dan memerlukan bantuan bagi merengankan bebanan dan cabaran dugaan hidup. Walaupun kita dalam keadaan susah, pasti ada orang lain yang lebih susah dan memerlukan bantuan kita. Jadi bantulah mereka.

Al Quran juga menyarankan supaya manusia jangan bersifat pemarah. Perasaan marah adalah hasil bisikan syaitan dan apabila kita marah kita tak dapat mengawal diri dan mungkin akan mengakibatkan mudarat pada diri kita sindiri dan pada orang lain, malah kepada makluk lain dan harta benda. Orang yang marah larat ia merosakkan harta benda akibat kemarahannya. Apabila kemarahan tidak dapat dikawal ianya boleh menyebabkan manusia pemarah tersebut membunuh insan yang tidak berdosa tanpa disedarinyan dan menyesal perbuatannya kemudian.

Juga Al Quran menyarankan supaya menusia hendaklah bersedia memaafkan orang lain sama ada ianya bersalah atau tidak atau disengajakan atau tidak. Sifat memaafkan orang lain banyak faedahnya. Jiwa seorang pemaaf akan sentiasa berada di dalam keadaan tenang tenteram. Seorang yang bukan pemaaf pula selalunya akan mempunyai jiwa yang gelisah resah dan bersifat hasad dan pedendam, akibatnya kehidupannya tidak tenang dan tidak ceria bahagia.

Juga disarankan supaya apabila kita berbuat sesuatu yang dikeji Allah dan menginaya diri sendiri maka hendaklah kita cepat sedar kesilapan tersebut dan bertaubat kepada Allah. Allah maha pengampun dan bersedia memaafkan manusia yang bertaubat atas segala kesalahan yang telah dilakukannya.

Dan bersedialah untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut di masa hadapan. Allah sangat sayang kepada manusia yang sentiasa bertaubat.

Sifat dermawan, sabar, pemaaf dan insaf yang dituruti dengan amalan bertaubat ini sangat disukai oleh Allah. Ianya juga disukai oleh manusia.

Akibatnya, sesiapa yang bersifat sedemikian akan dapat keampunan Allah dan akan dimasukkanNya ke dalam syurgaNya. Dan syurga adalah sebaik2 balasan yang disediakan oleh Allah. Manusia yang sedemikian akan berada kekal berbahagia di dalam syurga Allah.

Begitulah yang dinyatakan dalam ayat 134, 135 dan 136 Surah A-li-'Imran.

Dengan itu latihkan diri kita untuk menjadi manusia dermawan, manusia penyabar, manusia pemaaf dan manusia yang kerap bertaubat.


Ramai dari kita sudah pun dan akan terus berbuat demikian. Alhamdulillah. Inilah hasil didikan orang tua dan guru kita. Dan/atau yang kita usahakan sendiri.



Hasil taskirah Teratai pada 20 Disember 2009


Sunday 13 December 2009

DOALAH YANG BAIK

PERANG UHUD


Al Wahshi ialah seorang Mushrikin Mekah yang telah membaling lembing kepada Hamzah dan membunuhnya semasa perang Uhud di Madinah. Hendun pula adalah Mushikin Mekah dan isteri kepada Abu Sufian, ketua Mushrikin Mekah yang terlibat dalam peperangan antara orang kafir Mekah dengan orang Islam di Uhud. Hendun telah membelah dada Hamzah dan meratah hati Hamzah.


Semasa perang Badar bilangan orang Islam berbanding dengan kumpulan kafir ialah hanya 30% (313 Islam lawan 1,000 kafir). Tetapi mereka dibantu dengan kekuatan Malaikat yang dihantar oleh Allah dan mereka menang dalam peperangan tersebut, mengakibatkan orang kafir terpaksa balik ke Mekah dengan perasaan yang sangat keciwa kerana ramai orang kuat mereka terbunuh.


Abu Lahab pula terbunuh dengan sendirinya apabila menerima khabar yang pasukannya di Badar dikalahkan. Beliau mati mengejut sebaik sahaja menerima berita kekalahan pasukan dari Mekah itu sebaik sahaja pasukannya itu pulang dari Perang.


Semasa perang Uhud, pasukan Islam tidak begitu bersatu dan pasukan pemanah yang ditugaskan untuk sentiasa berjaga2 di atas bukit gagal menurut perentah dan mula turun dari bukit tersebut apabila mereka merasa yang mereka mulai menang untuk mendapatkan harta rampasan perang. Akan tetapi perbuatan ini telah melemahkan keutuhan pasukan apabila pehak musuh berjaya menaiki bukit tersebut dan menjadikan pasukan Islam terdedah dan menjadi kelam kabut.


Dalam perang itu Hamzah telah terbunuh dan hatinya diratah oleh Hendun yang sangat geram dengannya.


Nabi Muhammad merasa sangat sedih dan marah atas peristiwa tersebut dan telah melaknat Al Wahshi, Hendun dan Abu Sufian.


Tapi perbuatan ini telah ditegor oleh Allah dalam ayat 128 Surah Al-i-Imran. Allah menyatakan bahawa hak menerima taubat atau menyeksa mereka (dan sesiapa pun) adalah hak Allah, bukannya hak manusia untuk berbuat demikian.


Dipendekkan cerita, Al Wahshi, Hendun dan Abu Sufian akhirnya masuk Islam dalam peristiwa pembukaan Mekah kemudiannya. Semuanya adalah atas kehendak Allah. Kalau manusia kutuk atau bencikan mereka, terapi Allah hendakkan sebaliknya, segalanya akan menurut kehendak Allah.


Inilah pengajaran bagi kita juga. Janganlah kita minta orang lain dibinasakan atau dihinakan atau supaya sesuatu yang tak baik menimpanya. Mintalah dan berdoalah perkara yang baik untuk semua makluk, termasuklah musuh kita. Musuh kita mungkin satu hari nanti akan menjadi sahabat yang taat. Dan kawan baik kita mungkin pula menjadi seteru ketat kita di masa akan datang, mana tau! Itu semua atas kuasa dan kehendak Allah.


Dalam kes ini Nabi ditegor supaya ianya menjadi mengajaran kepada manusia. Kalau tidak berlaku peristiwa begini kita pun tak akan dapat contoh pengajaran yang baik berguna.


Orang jahat adalah ujian bagi kita. Orang baik juga adalah ujian bagi kita. Ini kerana kita sentiasa diuji Allah untuk mengetahahui tindak tanduk kita, sama ada mahukan pahala atau sukan membuat dosa.


Ayat 130 Surah Al-i-Imran pula melarang kita terlibat dengan riba.


Bersambung . . . . .