Tuesday 28 July 2009

MADU YANG BERBAIK

MADU BERBAIK2



Habsah dan Aisyah memang berbaik antara satu dengan lain walaupun mereka bermadu bersuamikan Muhammad.


Suatu ketika Muhammad telah memberitahu satu rahsia kepada Habsah dengan syarat rahsia tersebut janganlah diberitahu kepada orang lain. Tetapi Habsah telah menceritakan rahsia tersebut kepada madunya Aisyah.


Habsah telah ditegor oleh Muhammad kerana membocorkan rahsia tersebut. Bila ditanya oleh Habsah siapa yang memberitahu Muhammad tentang perkara kebocoran rahsia tersebut Muhammad menyatakan Allah yang memberitahunya.


Rumah tangga Muhammad goyang juga. Bapa Habsah bila mengetahui perkara tersebut telah merasa keciwa dan menyatakan kepada Muhammad yang beliau tak perlu merasa dukacita kerana ramai lagi wanita yang boleh menggantikan isteri Muhammad (dengan mereka yang yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (sama ada) yang janda dan yang anak dara) jika Muhammad menceraikan isterinya yang beliau tak suka pada mereka. Bapa Habsah pada mulanya tak tahu yang terlibat dalam pembocoran rahsia tersebut ialah anaknya, Habsah. Muhammad hanya tersenyum akibat sokongan yang diterimanya dari bapa mertuanya.



Kalau nak tahu cerita selanjutnya sila klik ayat ini
http://www.alquran-melayu.com/66-at-tahrim/

Saturday 25 July 2009

003 AALI IMRAN - TAQWA DAN DAKWAH

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

TAKUT DAN DAKWAH

Klik untuk besarkan:
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad dan puak Islam dari Mekah ke Madinah dua puak Arab di Madinah sentiasa bermusuhan dan berbunuhan antara mereka. Dengan datangnya Islam kepada mereka kaum tersebut menjadi akrab dan sedia membantu orang Mekah yang berhijrah ke tempat mereka. Permusuhan antara mereka hilang dengan begitu sahaja.

Keadaan begini membuat kaum Yahudi Madinah kurang senang kerana perdamaian antara puak Arab ini hanya merugikan mereka akibat bangsa Arab menjadi lebih kuat dari mereka.

Pada suatu ketika pehak Yahudi telah menyenangkan semula keadaan sebelum Islam kepada puak-puak Arab ini mengkibatkan mereka menjadi geram antara satu sama lain kesan hasutan Yahudi tersebut dan mulalah bergadoh antara sendiri.

Melihat keadaan sebegini Nabi Muhammad telah berjumpa dengan mereka dan memberitahu yang sekarang mereka telah aman dan kuat. Mengapakah mereka harus mendengar hasutan Yahudi dan berpecah sesama sendiri yang akan hanya merugikan mereka dan menguntungkan Yahudi.

Hasilnya puak Arab Madinah mula sedar tentang rancangan dan hasutan Yahudi dan bersatu semula.

Inilah rahmat dan nikmat yang dibawa oleh Islam.

Dahulu mereka hampir terjerumus ke dalam neraka. Dengan adanya Islam dan ianya dianuti oleh mereka mereka terselamat dari neraka dan mudah masuk ke syurga. Islam telah meyelamatkan mereka dari neraka dan meletakkan mereka ke ambang syurga, atas pilihan mereka. Kenapakah nak masuk ke neraka lagi sedang syurga sedang menunggu mereka?

Panduan memasuki juga disediakan. Maka pilihlah hendak ke Neraka atau Syurga.

Kita pasti biasa dengan ayat 102 yang selalu dibacakan oleh Khatib setiap hari Jumaat. Ianya menjadi salah satu dari rukun khutbah Jumaat menyuruh manusia Islam supaya takut kepada Allah.

Takut bukan bermakna lari atau menjauhi Allah tetapi takut hendaklah kita mendekatiNya dan memahamiNya. Dekatilah Allah untuk menjadi berani dan yakin.







Petikan Taskirah Pagi Ahad Madrasatul Huda

.

Tuesday 21 July 2009

ADAB MAKAN





ADAB MAKAN


5. NIAT

Ketika hendak makan hendaklah berniat kita makan untuk memudahkan ibadah dan untuk kesihatan badan. Di sebalik itu janganlah makan banyak. Cukup sekadar untuk tujuan menguatkan tulang supaya boleh beribadat dengan selesa.


Banyak makanan kita mengandungi racun. Jadi jika kita makan banyak bermakna jumlah racun dalam badan kita akan meningkat dan mungkin akan memudaratkan kesihatan. Makan banyak akan menambahkan kemungkinan meningkatkan penyakit. Jika makan kurang penyakit dapat dikurangkan.


Ikutlah panduan Nabi menyatakan bahawa perut perlu diisi oleh satu-pertiga makanan, satu-pertiga air dan satu-pertiga lagi pernafasan ayau angin.


Nabi juga menyarankan supaya kita makan tatkala kita lapar dan berhenti makan sebelun kita kenyang. Polisi berhenti makan sebelum kenyang ini sangat praktikal kerana bila kita berbuat demikian (henti sebelum kenyang) kita akan pasti kenyang akhirnya (beberapa minit kemudiannya). Kalau kita berhenti bila kenyang maka akibatnya kita akan terlalu kenyang akhirnya disebabkan oleh momentum aliran makanan yang memasuki perut kita. Perasaan kenyang itu datang kemudian dari isi makanan yang masuk perut kita.

Dikatakan juga jangan kita simpan makanan di dalam perut kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan.


Makanlah mengikut objektif makanan kepada badan kita. Iaitu untuk membolehkan badan berfungsi dengan cekap. Jadi ikutlah peraturan supaya objektif ini boleh tercapai dengan baiknya. Bak kata orang ikut nafsu lesu, ikut hati mati.



6. REDO.

Kita perlu redo dan bersyukur dengan apa yang ada untuk dimakan. Cuba bayangkan yang kita ada makan. Akan tetapi bagaimana mereka yang miskin tanpa makanan. Mungkin makan kita yang sedap2 itu adalah hak orang miskin jika kita tak membayar zakat atau sebagainya. Mungkin ianya adalah dari hasil yang tak halal.


Nabi Muhammad apabila pergi ke rumah isterinya di waktu pagi dan didapatinya tiada makan maka Baginda akan berpuasa pada hari itu.


Jika didapati makanan yang disediakan tak sedap atau kurang sedap atau tak menyelerakan, maka janganlah memarahi mereka yang menyediakan makanan tersebut atau memberi komen yang menyakitkan hatinya.


Perlu diingat bahawa yang penting dalam makanan bukanlah kesedapannya tetapi kualiti isi kandungan makanan tersebut. Apa gunaya makanan yang sedap jika ib mengandungi racun (perisa makanan -Aji no moto, boric asid) dan pengawit yang merbahayakan.


7. MAKAN BERJEMAAH

Nabi menyarankan kita supaya makan secara beramai bukan sorang-sorang kerana makan beramai ada berkatnya. Makan dengan banyak tangan itu berkat. Dan disarankan supaya apabila makan perlulah kita mengambil makanan yang terdekat dahulu sebelum mengambil yang jauh dari kita.


Monday 20 July 2009

BERLAKUN

BERLAKUN



Pernahkah anda berlakun?


Sudah tentu. . . . Apa tidaknya.


Bukankah dunia ini adalah pentas lakunan. Dan semua manusia berlakun.


Bos kita berlakun. Mereka mesti berlakun serba tahu (kebanyakannya, bukan semua). Kalau tidak macam mana tak kawal anak buah mereka. Mereka mesti berlakun yang mereka sentiasa benar tiada kesalahan. Kalau tidak macam mana nak dapat respect atau hormat kakitangannya.


Suami atau isteri juga berlakun. Mereka berlakun yang mereka adalah pasangan terbaik dan sangat saying pada pasangannya. Mereka berlakun yang mereka adalah bapa atau ibu yang terbaik untuk anak mereka, berlakun yang mereka dah buatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.


Anak juga berlakun yang mereka adalah anak terbaik, berlakun sekurang-kurangnya semasa di hadapan ibu bapa mereka. Di belakang mere lain pula halnya.


Pekerja berlakun ramai, sekurang-kurang depan bosnya yang mereka adalah pekerja yang baik dan bersikap positif. Belakang bos mungkin mengutuk bos.


Yang miskin berlakun dan berlagak kaya. Yang kaya pula berlagak juga, berlagak ianya berkuasa.


Yang sembahyang pun ada yang berlakun. Pergi ke mesjid kalau ada orang tertentu datang ke masjid. Sekurang-kurangnya untuk menampakkan muka kepada mereka yang datang. Kalau YB melawat atau Sultan melawat mesti datang tunjuk muka. Ramai pula yang mengekur orang kenamaan tersebut.


Yang tak tahu dan tak pandai berlagak macam pandai sangat. Carilah mereka ini di warong kopi. Macam2 komen boleh kita dengar dari mereka. Kalah ahli parlimen (yang juga banyak yang berlakun).


Kalau semua orang berlakun maka siapakah yang tak berlakun? Ini kena jawab sendiri. Saya pun tak tahu kerana banyak sangat yang berlakun sampai kita tak dapat asingkan yang mana tak berlakun. Mungkin hanya yang iklas yang tak berlakun. Tapi iklas ialah perkara yang orang lain tak nampak dan tak dapat diukur. Yang tahu keiklasan seseorang itu ialah dirinya sindiri bukan orang lain.


Maka Hanya Allah lah yang tahu.


Mungkin jika berlakun biarlah berpada-pada. Dan biarlah lakunan kita itu mendatangkan kesan positif kepada masyarakat. Janganlah berlakun untuk kepentingan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Amalkanlah sikap yang menghasilkan kesan menang-menang dan tiada pehak yang kalah atau kerugian.


Pelakun drama atau filem berlakun untuk mendapat duit bayaran lakunan mereka. Kita berlakun biarlah mendapat bayaran pahala dan bukan dosa.



Tugasan:

Carilah manusia yang tak berlakun.