Friday 30 July 2010

MEREKA BERTANYA TAK PERCAYA




Tuan Ihsan buka cerita lagi pagi tadi. Cerita Bab 30 Siri nombor 078 yang kami rengkaskan di bawah ini ceritanya. Selalunya orang sebut ceritanya cerita "Amma". Kanan kliklah "3-garisan rajah" di atas untuk lihat yang kami sorokkan.


Kumpulan mereka bertanya2 tentang berita besar, berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan. Mereka masih ragu dan berselisihan mengenainya.

Sabenarnya tak perlulah mereka bersikap sedemikian! Akan sampai masanya di mana mereka akan mengetahuinya dengan yakin kebenaran hari balasan tersebut.

Sekali lagi disarankan supaya mereka jangan berselisihan mengenainya! Akan diketahui juga kelak tentang apa yang akan menimpa mereka.

Mengapa mereka ragukan kekuasaan Allah menghidupkan semula orang yang telah mati? Bukankah Allah yang menjadikan bumi terbentang luas sebagai hamparan? Menjadikan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? Menciptakan mereka (dan kamu) berpasangan? Menjadikan tidur untuk berehat? Dan menjadikan malam yang gelapnya itu sebagai pakaian yang melindungi? Juga dijadikan siang terang benderang untuk mencari rezeki kehidupan?

Dan Allah binakan tujuh petala langit yang kuat kukuh? Mengadakan matahari sebagai lampu yang terang cahayanya? Kemudiannya Ia menurunkan dari awan, air hujan yang mencurah bagi dikeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, serta kebun subur bertaut pokoknya?

Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan. Tatkala ditiup sangkakala, kamu semuanya akan bangkit hidup serta datang berpuak-puak ke Padang Mahsyar.

Tatkala itu bumi sudah dipecah belahkan menjadikan setiap belahannya ibarat pintu yang terbuka luas. Gunung-ganang telah dihancurkan dan berada beterbangan di angkasa ibarat riak sinaran panas di padang pasir.

Neraka Jahannam tersedia sebagai tempat kembali kekal bagi orang yang melampaui batas hukum Tuhan. Mereka di situ, kepanasan tanpa sebarang minuman kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir. Inilah balasan yang sesuai dengan amal mereka yang buruk semasa di dunia dahulu.

Dulunya, mereka tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal. Dan mereka mendustakan ayat keterangan Allah, walhal setiap sesuatu dari bawaan hidupnya telah Allah hitung dan catat.

Tatkala di dalam neraka akan dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat Kami, maka rasalah kamu azab yang disediakan, kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”.

Sebaliknya, bagi orang yang bertaqwa pula, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. Mereka akan beroleh taman bunga dan kebun buah-buahan, terutama anggur. Dan perawan yang sebaya umurnya, serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.

Itulah balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup menurut yang dijanjikanNya.

Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu.

Pada masa itu Jibril dan malaikat lainnya berdiri bersaf-saf menunggu perintah Tuhan, tidak ada yang berani berkata-kata memohon pertimbangan melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Itulah keterangan mengenai hari kiamat yang tetap akan berlakunya. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya dengan iman dan amal yang soleh!

Dengan keterangan di atas, maka dengan ini diberi amaran kepada kamu mengenai azab yang akan berlaku, iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya semasa di dunia ini. Dan tatkala orang yang kafir akan pula berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan”.


Baca dan dengar cerita selanjutnya di SINI: http://www.alquran-melayu.com/78-an-naba/


Saturday 10 July 2010

89 SURAH AL-FAJR dan 090 SURAH AL-BALAD




Bacaan subuh tadi (Iman HIMR)



089 SURAH AL-FAJR

Klik sini untuk baca dan dengar Surahnya

Surah dan Rengkasannya















































Klik baca dan dengar



Surah dan Rengkasannya