Friday 26 February 2010

PEMIKIRAN POSITIF

PETIKAN DARI TV2

PERBINCANGAN TENTANG BERFIKIRNYA MANUSIA


Pemikiran yang dirancang dan dikawal dengan baik dapat mendatangkan kehidupan yang sangat selesa dan bermakna.

Berfikir adalah tidak sama dengan aktiviti mental kita. Aktiviti mental berlaku secara otomatik tanpa kita berfikir, walhal berfikir memerlukan fokus yang disengajakan.

Berfikir memerlukan visi atau objektifnya. Ianya juga memerlukan tujuan, contohnya: kenapakah kita berbuat sesuatu itu. Dan ketiganya ia memerlukan tatacara supaya kita sampai ke visi atau objektif kita.

Ibu bapa atau penjaga yang mahukan anak jagaan mereka berjaya masa depannya perlu fokus kepada cara pemikiran sebegini: ada visi, ada tujuan dan ada tatacara mencapai visi tersebut. Dengan lain perkataan kena ada perancangan dan tindakannya. Tidak melepaskan mengikut arus keadaan dan nasib. Ugama kita juga mahukan manusia untuk berusaha dan tidak bergantung kepada nasib.

Itulah sebabnya bahawa ketika kita bangun pagi kita perlu ada pemikiran yang positif terhadap hari yang akan dilaluinya. Ugama kita juga mengatakan supaya hari kita sekarang (hari ini) hendaklah lebih baik dari hari semalam dan esoknya hendaklah pula lebih baik dari hari ini.

Sebaik sahaja kita bangun kita perlu bersyukur kepada Allah atas segala yang disediakannya dan yang ditentukannya. Bersyukur kita tak tertidur selamanya (mati terus). Bersyukur juga kepada keadaan sekeliling yang baik bagi kita dan bersedia dengan yakinnya untuk menghadapi hari muka. Jika pun kita tak senasib baik saperti orang lain tapi masih ada mereka yang nasibnya lebih buruk dari kita. Dan kita masih ada dan diberi peluang untuk lebih berjaya.

Bangunnya kita selepas tidur berehat hendaklah kita bersikap dan berfikiran positif dan berminat untuk menghadapi hari yang menyeronokkan. Janganlah kita bangun pagi dan terus mengeluh hendak menghadapi hari siangnya. Ini akan mematahkan semangat hidup kita dan badan kita akan mengeluarkan hormon yang akan melemahkan kita. Macam manakah kita nak berjaya kalau mempunyai sikap sebegini? Gagal kalah sebelum berusaha juang.

Jika kita bersikap positif badan akan mengeluarkan hormon penggalak yang akan memberikan kita semangat juang yang memberansangkan. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikir boleh sudah tentu kita boleh dan jika kita fikir kita tak boleh kita pasti gagal sebelum mencuba. Kalau cuba pun mungkin kita buatnya separuh hati dan akan gagal agaknya. Jadi berfikirlah secara positif setiap masa .

Mulakan hari kita dengan perasaan seronok dan bersemangat untuk berjaya. Keadaan kita yang muram akan membuat kita tak bersemangat dan tak ada keyakinan diri.

Janganlah lupa pula untuk sentiasa senyum kerana senyuman membawa kepada perasaan yang selesa dan membuat kita dan orang di keliling kita merasa bahagia dan bersemangat. Senyum juga adalah sedekah yang mudah diberikan kepada orang lain, tanpa apa-apa kos. Tapi kesan baiknya mashaAllah, tidak ternilai.

Senyumlah kepada kita sendiri setiap pagi di depan cermin dan kita akan berbahagia dan selesa sepanjang hari. Cubalah. Senyumlah kepada manusia yang kita temui dan kita akan murah rezeki. (Kalau nasib baik dapat minum free!)

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Kalau kita fikir kita akan bahagia dan bersemangat pada hari ini maka kita "pasti" akan merasa bahagia dan bersemangat. Jika kita fikir kita malas maka tentunya kita akan malas. Juga kalau kita fikir kita ini adalah manusia yang tak berguna, sudah tentulah kita akan menjadi manusia yang tak berguna.

Inilah kuasa pemikiran kita.

Kes Satu - Kesan Otot (Muscle testing)
Telah dibuat satu penilain ke atas budak lelaki 10 tahun yang berjumpa doktor bersama ibunya. Budak tersebut telah disarankan oleh doktor berkenaan (Dr Muhaini) untuk berfikir yang dia boleh berjaya belajar menaiki basikal dengan baik. Otot lengannya menjadi kuat bila diperiksa.

Kemudian dia disarankan untuk berfikir yang dia tak akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan Matamatiksnya. Bila diperiksa ototnya, didapati ototnya menjadi lemah.

Ibunya pula disarankan untuk merenung anaknya dengan perasaan kasih sayang dan bersikap mesra. Diperhatikan anaknya kelihatan ceria bahagia air mukanya.

Kemudian ibunya disarankan memandang anaknya dengan perasaan marah dan geram. Didapati air muka anaknya bertukar menjadi muram dan lemah semangat.

Ibu tersebut terkejut melihat kesan yang berlaku kepada anaknya. Ini adalah suatu yang ajaib yang tidak terfikir olehnya sebelum itu. Ini pengalaman dan pelajaran baru baginya

Inilah hasil kesan dari pemikiran manusia terhadapnya dan terhadap manusia yang lain. Pemikiran kita ada kesan pada kita dan manusia yang lain, walaupun tanpa kita bersuara.

Cubalah ini pada anak atau cucu anda. Anda akan yakin. Dan mulai itu anda akan sentiada bersikap positif dan menyediakan segala yang positif kepada mereka. InshaAllah, mereka akan terus berjaya.

Pepatah ada menyatakan bapak boret anak rentek. Ini adalah benar. Anak adalah hasil acuan dan ulian ibu bapa dan penjaganya. Tak kurang penting juga hasil pengaruh kawannya dan keadaan alam sekitarnya.

Perhatikan cara orang yang sedih muram duduk dengan orang yang bahagia ceria duduk. Dari posisi duduk mereka kita akan dapat tahu mereka itu bahagia atau tidak. Air muka mereka yang muram sedih juga berbeza dengan air muka mereka yang bahagia ceria.

Cara untuk menjadi manusia bahagia ceria ialah dengan menukarkan posisi duduk mereka dan memperlihatkan air muka mereka supaya berkeadaan ceria.


Kes Dua
Pemikiran kita mempunyai kesan kepada manusia yang kita temui.

Contoh:
Guru yang mengajar kelas yang lemah (kelas hujung) biasanya malas untuk mengajar mereka kerana mereka dianggap kumpulan pelajar yang lemah dan malas. Kalau mengajar di kelas utama semangat gurunya sudah tentu baik kerana murid-murid kelas tersebut dirasakan rajin dan bijak.

Jika guru tersebut berfikiran sebaliknya dan beranggapan bahawa semua palajarnya mempunyai potensi untuk berjaya dia akan mengajar mereka dengan semangatnya. Dan lebih tumpuan dan perbagaian cara mengajar akan diusahakannya bagi kelas yang dianggapnya lemah. Hasilnya dia akan berjaya dan pelajarnya juga akan berjaya. Dan yang lebih bagusnya pelajarnya akan hormat sayang padanya pula. Baktinya akan dikenang sepanjang hidup. Dapat pahala pula membantu mereka yang dianggap lemah itu.

Inilah juga kesan pemikiran. Kalau difikirkan boleh sudah tentu kita boleh.

Sangat penting juga manusia dalam keadaan seronok. Apabila kita seronok sel seronok di otak kita akan menjadi lebih aktif. Bila kita di dalam keadaan muram maka sel muram pada otak kita akan menjadi lebih aktif dan akan memberi kesan negatif terhadap pemikiran dan tindakan (atau kemalasan tindakan) kita.

Salah satu sikap manusia ialah untuk memberi komen apakah yang sepatutnya berlaku? Atau ianya sepatutnya berlaku sebegini atau sebegitu. Ada sajalah yang tak kena padanya.

Tetapi manusia jarang sekali berfikir dan bertindak merancang apa yang mereka mahu berlaku kepadanya dan kepada persekitarannya.

Manusia pada asasnya mahukan kesihatan pada tubuh badannya, pemikiran yang tenteram, jiwa yang tenang, persahabatan yang memuaskan dan tahap kewangan yang selesa. Janganlah kita hanya mengharap ianya akan datang menggolek tanpa kita usahakan ke arahnya. Ianya perlu diusahakan menggunakan pemikiran dan kekuatan tubuh badan yang dianugrahkan.


Untuk mencapai semuanya ini memerlukan perancangan dan pemikiran yang waras.

Kebayakan manusia pula bersikap suka berfikir secara negatif. Misalnya jika bertemu doktor kerana sakit mata mungkin akan bertanya: Akan butakah saya? Satu perasaan ketakutan yang mungkin akan menjadikan kita murung dan muram.

Ada pula manusia yang bila dipanggil oleh bos untuk masuk ke biliknya akan merasa kurang selesa takut kena marah.

Inilah yang biasanya ada pada pemikiran manusia terutamanya jika mendapat bos yang garang dan pemarah. Sebenarnya, mungkin bos sebegitu adalah bos tak tak tahu buat kerja. Kalau tahu sudah tentu dia akan menjadi jurulatih kepada kakitangannya untuk mereka menjadi lebih cekap membuat kerja.

Sebenarnya mungkin bos panggil masuk biliknya untuk ajak makan kerana beliau tiada kawan makan tengah hari pada hari itu. Dan bos
belanja pulatu. Jadi janganlah merisaukan diri kerana dipanggil oleh bos kerana jika kita berbuat demliian kita hanya menyiksa diri dan akan menyesal (merisaukan diri.) kemudiannya. Lebih baik kita sentiasa relaks dan buat kerja dengan baik.






Tulisan ini telah diubahsuai

Thursday 25 February 2010

MENDIDIK KANAK2

PETIKAN PERBINCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA 100224

Asasnya manusia adalah sama. Semuanya mempunyai potensi yang sama walau pun dalam bidang yang berlainan. Semuanya berdaya saing dan mampu untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Walau pun asasnya manusia adalah sama, mereka perlu dididik dan dipupuk untuk lebih berjaya dan cemerlang. Inilah peranan ibu bapa mereka, saudara mara mereka, kawan sahabat mereka dan manusia sekeliling mereka. Peribadi mereka juga dicorak dan dipengaruhi oleh apa yang mereka dengar, lihat dan baca.

Kanak-kanak dikirakan sebagai kain putih yang dicorak oleh ibu bapa mereka terutamanya. Mereka juga dipengaruhi oleh manusia sekeliling mereka.

Jadi jika mereka disogokkan dengan persekitaran positif maka mereka akan bersikap positif dan membena keyakinan diri yang baik. Jadi perlulah kita menyediakan persekitaran yang baik bagi membena anak-anak kita menjadi manusia yang berguna dan dapat menyumbang kepada masyarakatnya apabila mereka dewasa.

Asal manusia kanak-kanak yang perpotensi itu jika di bantu-didik dengan baik akan menghasilkan manusia dewasa yang mempunyai jati diri yang tinggi dan merasa diri mereka adalah bernilai tinggi, berguna bagi masyarakat. Dengan itu mereka mudah berbakti kepada masyarakatnya.

Kanak-kanak tak perlu dimanjakan dengan banyaknya kerana ini akan membuat mereka lemah dan malas berusaha. Berikanlah mereka yanggung jawab yang sesuai bagi perengjkat umur mereka. Misalnya mereka diberi kerja menyapu sampah dan memasukkan pakaina ke dalam mesin basuh. Dan belajar memasak yang ilmu ini sangat berguna untuk masa hadapannya.
rasa diri tinggi dan berguna

Kanak-kanak pula banyak dipengaruhi oleh apa yang mereka dengar dari percakapan kita, dan percakapan orang disekitar mereka. Denag itu sangatlah baik jika kita dapat mendidik mereka secara memberi panduan kepada mereka tatkala mereka berada di sekolah dan di luar rumah. Tunjuk ajarlah cara melintas jalan, memberi salam pada guru dan sahabatnya, membveri senyuman kerana senyuman akan dibalas dengan senyuman dan akan terlajinkan kebahagian dan suasana yang baik. Jiwa pula akan menjadi seronok.

Sediakan alam sekitar yang sangat memberansangkan mereka terus bersikap positif dan berjiwa besar tetapi tidak sombong. Berikan mereka tanggung jawab dan pujian apabila mereka berbuat sesuatu yang elok walau pun kecil pekerjaannya. Inilah peransang untuk mereka meneruskan kejayaan.

Bercakaplah perkara yang baik dan yang membena semangat mereka. Elakkan perkataan yang dianggap negatif dan berbentuk larangan kecualilah ianya sangat perlu.

Dan yang penting kita mestilah bersikap positif dalam segala hal.



Gambar (dari siaran RTM tersebut) disertakan menggambarkan manusia
yang ceria dan bahagia. Bagaimana pula jika mereka bermuka
masam dan bersikap serius sepanjang perbualan mereka?


Jadi ceria dan bahagiakanlah masyarakat kita denga kita sendiri
bersikap ceria dan bahagia, semyum sentiasa . . . .



Saturday 20 February 2010

ZUHUD

TASKIRAH BUKIT A 100316



Bila ditanya oleh seorang sahabat bagainama manusia boleh mendapat kasih sayang Allah dan kasih sayang manusia, Rasulullah menjawab supaya kita zuhud kepada Allah dan zuhud kepada manusia.

Zuhud bermaksud meninggalkan sesuatu kerana ianya tak penting atau ianya tidak mulia atau ianya hina. Terdapat beberapa peringkat zuhud saperti berikut:
.


Peringkat yang pertama ialah meninggalkan perkara yang haram.

Kita perlu meninggalkan segala yang haram dan yang ditegah oleh ugama kita.


Tapi inilah yang ramai manusia yang suka. Riba adalah haram tetapi ramai mengamalkan riba kerana ianya memudahkan atau menguntungkan pada pendapat mereka. Menipu, rasuah, curi tulang, ponteng kerja dan sebagainya adalah haram tetapi ramai tak perasaan berbuat perkara yang haram tersebut.

Kalau kita baca surat khabar dan selalu mendengar berita sudah tentu kita dapati ramai manusia termasuklah orang Islam sendiri berbuat perkara yang haram.

Maka zuhud peringkat pertama ini ramai juga yang belum dapat mengamalkan.

Zuhud peringkat yang kedua ialah meninggalkan yang subahah dan yang belum jelas halal haramnya. Yang ini juga ramai manusia tak ambil kesah sangat kerana tak jelas haramnya. Akan tetapi kalau selalu sangat kita membuat perkara yang subahah kita takut kebanyakan yang kita buat itu adalah perkara yang haram.

Sangatlah baik jika segala yang subahah kita elakkan.

Peringkat zuhud yang ketiga ialah meninggalkan yang halal jika ianya tak begitu perlu. Contohnya: jika kita berupaya membeli kereta mewah, kita tak berbuat demikian dan memadailah kita membeli dan menggunakan kereta biasa.

Kalau kita mampu tinggal di rumah yang besar lagi mewah, kita elakkan berbuat demikian dan tinggal di rumah yang sederhana tetapi agak selesa.

Dengan lain perkataan kita tidak berlebih-lebih berbelanja untuk kehidupan kita. Lebih baik keupayaan atau wang harta yang kita ada berlebihan itu kita gunakan untuk memghasilkan pahala secara bersedekah atau sebagainya bagi membantu mereka yang memerlukan pertolongan kita.

Harta kekayaan dan kemewahan hidup tak membawa kita kemana-mana, akhirnya ke kubur juga yang mana banyak bantuan kita perlukan dari amalan dan faedah dari harta kita. Harta yang menghasilkan banyak pahala adalah sangat membawa faedah ketika kita berada di kubur dan alam barzah. Harta peningallan kita tak banyak membantu kita di kubur malah akan ada pula yang menyusahkan kehidupan akhirat kita nanti. Tetapi kalau kita pandai mengendalikannya semasa kita hidup, harta tersebut dapat menghasilkan banyak pahala untuk kita.

Peringkat zuhud yang keempat ialah kita tak lalai mengingati Allah setiap masa. Segala perkara dan kegiatan yang boleh membuat kita lupa (lalai) kepada Allah dihindarkan. Maksudnya segalanya hendaklah kerana Allah bukan sebab yang lain.

Allah sangat suka kepada manusia yang zuhud.

Manusia juga akan suka kepada mereka yang zuhud. Itulah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW apabila ditanya oleh sahabat cara kita supaya disayangi oleh Allah dan disayangi oleh manusia.

Dan mereka yang zuhud sudah pasti membawa bersamanya pahala amal yang banyak, InshaAllah.



Kuliah Subuh 19.2.2010

Tuesday 9 February 2010

SIKAP PEMAAF

MAAFKANLAH . . . .

[Petikan perbincangan pagi TV2 ( Januari 9, 2010)]










Petuanya ialah kita janganlah menyimpan marah dan berdemdam. Kerana apabila kita menyimpan marah dan berdendam lama kelamaan sikap ini akan merosakkan diri kita sendiri. Ianya tidak akan merosakkan orang atau makluk benda yang kita marah atau dendamkan. Mereka itu akan hidup saperti biasa sama ada kita berdemdam atau tidak.

Sebaliknya jika kita memaafkan orang lain atau makluk lain ianya akan mambaiki keadaan emosi dan fisikal kita. Kita akan menjadi lebih sihat kesan dari tabiat kita memaafkan mereka. Tetapi kesan sebegini ramai yang tak mengetahuinya atau yang memahaminya. Nafsu manusia tidak membenarkan kita memahaminya, agaknya.

Apabila kita marah kita berupaya merosakkkan banyak perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita dan kepada manusia atau benda yang kita marahkan. Tetapi kebanyakan manusia tak perasan ianya boleh berlaku.

Kanak2 ketika mereka marah selalunya ia akan merajuk dan ada pehak akan memujuknya. Akibatnya perasaan marahnya akan hilang dan padam dengan cepatnya. Oleh kerana itu kanak2 bukan pendendam, maka persaaan marahnya tidak akan diungkit di masa akan datang. Hidup mereka asyek seronok sahaja saban hari tanpa memikirkan perkara yang negatif.

Biasanya, apabila orang dewasa marah tak ada siapa memujuknya. Mereka melepaskan geram marahnya dengan berbagai cara, termasuklah mendera dan membunuh. Ada pula yang bersikap tidak mahu bertindak balas tetapi mendiamkan diri sambil mendendam, menunggu masa untuk bertindak balasnya.

Ada pula yang menganalisa tentang apa yang berlaku dan membuat keputusan yang difikirkan sangat sesuai untuk bertindak. Inilah tindakan yang sangat positif yang boleh membawa kepada kabaikan untuk semua. Bertindak secara rasional, kata orang. Lawannya ialah bertindak secara memdadak tanpa berfikir dan hanya atas kehendak nafsu.

Perasaan marah dapat dikawal jika kita selalu memaafkan orang lain. Setiap malam sebelum tidor perlu kita meminta maaf kepada Allah atas segala kesalahan kita dan disamping itu kita menyatakan yang kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, jika ada. Juga kita halalkan apa yang diambil oleh orang lain dari hak milik kita. Perkara buruk yang berlaku di masa lepas perlu kita lupakan dan maafkan.

Setiap manusia mempunyai pengalaman, persaaan dan persepsi yang berbeza kepada sesuatu keadaaan kerana mereka mempunyai latar belakang hidup yang berbeza dan pegangan adab resam yang berlainan. Jika semua manusa mempunyai persepsi dan tindak balas dengan cara yang sama maka jadilah kita ini robot dan dunia tidak akan maju. Perbezaan antara manusialah yang membawa kepada kemajuan. Kalau semua orang suka makan lemang misalnya, maka tak cukuplah lemang yang ada dan tak lakulah makanan yang lain. Itulah sebab manusia ada yang suka lemang, ada yang suka soto, mee kari, dan lain2. Barulah ada perbagaian dan warna2 kehidupan.

Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada musuh kita ialah memaafkan kesalahan mereka.

Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada lawan kita ialah memberi ruang padanya.

Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada ibu bapa kita ialah perasaan megahnya/kepuasannya terhadap kita.

Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada anak cucu kita ialah pelajaran terbaik.

Kita manusia akan mendapat balik apa yang kita berikan kepada orang lain, mungkin dalam bentuk yang lain. Jadi perlulah kita memberi orang lain sesuatu yang baik untuknya. Jika kita memberi benda yang tak baik maka apa yang kita perolehi dari tindakan tak baik kita itu ialah perkara yang tak baik juga.


DUA KESAH

Kesah 1. Seorang wanita tahanan kem Nazi Jerman telah banyak kehilangan ahli keluarganya dibunuh dengan kejamnya. Beliau juga banyak menderita semasa di dalam kem tahanan. Apabila perang tamat dan beliau bebas (tetapi masih menderita kesan peperangan tersebut) beliau telah pergi ke sebuat gereja. Di situ beliau telah bertemu dengan ketua Nazi yang banyak menyeksa dan membunuh saudara maranya. Semasa itu Ketua Nazi tersebut telah menjadi padri di gereja tersebut.

Perasaan marah dan dendamnya terhadap ketua Nazi tersebut masih membakar dan untuk seketika wanita tersebut tak tahu apa yang hendak dibuatnya. Akhirnya beliau membuat keputusan memeluk ketua nazi tersebut ketika berhadapan dengannya dan kedua2nya kemudiannya menangis.

Wanita tersebut telah bertindak secara rasional dan tidak mengikut nafsu. Mungkin juga ketua Nazi tersebut sudah “bertaubat” menyesal atas kesalahannya dan membuat keputusan menjadi padri yang bersikap lemah lembut dan penyayang.


Kesah 2. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan kepada sahabatnya bahawa seorang manusia ahli syurga akan sampai tak lama lagi menemui mereka.

Apabila sahabat yang dimaksudkan oleh Nabi tersebut sampai sahabat2 yang lain tak nampak pun ada kehebatan sahabat tersebut bagi membolehkannya memasuki syurga. Selama tiga malam mereka memerhati kegiatannya tetapi juga nampak keistemewaannya untuk membolehkannya memasuki syurga. Beliau adalah saperti sahabat2 yang lain dari segi amalan dan kegiantannya.

Akhirnya mereka bertanya kepadanya apakah rahsia yang Rasullallah mengatakan yang dia akan memasuki syurga. Beliau menyatakan bahawa tiada apa yang berlainan dengan orang lain. Tetapi beliau berbuat: Pertamanya, setiap malam dia memohom keampunan Allah dan dia mengampunkan segala dosa orang lain terhadapnya. Keduanya di sentiasa berbuat baik kepada semua insan dan ketiganya dia membuat orang lain tak pernah tak suka padanya.

Hasilnya ketika di mahkamah Allah nanti beliau tidak ada siapa yang nak menuntut apa2 daripadanya. Maka pahala yang ada padanya tak berkurangan.


EGO:

Perasaan ego banyak yang membawa sikap negatif kepada manusia.

Ego dibena sendiri oleh manusia. Semasa kanak2, perasaan ini tak ada pun.

Semasa kecil saudara mara jarang sekali bergaduh dan kalau bergaduh pun mereka cepat berbaik semula. Apabila dewasa ego yang terbena akan menyebabkan mereka bergaduh dan bermasam muka dan berdendam lama.

Satu lagi sikap yang sangat baik ialah sikap menghormati mereka yang berperangai baik dan mengasihani mereka yang berperangai secara negatif. Jangan salahkan mereka yang bersikap negatif tapi kesihanilah mereka. Mungkin mereka tidak terdidik untuk bersikap positif kerana tiada panduan ke arah itu ketika mereka kecil dahulu.Merela tersalah didik dan terbawa2nya hingga ke tua. Kalaulah kita holeh tolong membaiki perangai buruknya itu silakanlah. Pahala besar menanti.

Bersikap baik tak akan merugikan kita kerana kita akan mati dan sikap terpuji inilah yang akan menolong kita selepas itu.


Kandungan perbincangan telah diubah suai

TV2 dan tetamunya





"Bila dengar saya lupa. Bila ditulis saya ingat. Kalau terlibat tentu saya lebih faham".