Saturday, 20 February 2010

ZUHUD

TASKIRAH BUKIT A 100316



Bila ditanya oleh seorang sahabat bagainama manusia boleh mendapat kasih sayang Allah dan kasih sayang manusia, Rasulullah menjawab supaya kita zuhud kepada Allah dan zuhud kepada manusia.

Zuhud bermaksud meninggalkan sesuatu kerana ianya tak penting atau ianya tidak mulia atau ianya hina. Terdapat beberapa peringkat zuhud saperti berikut:
.


Peringkat yang pertama ialah meninggalkan perkara yang haram.

Kita perlu meninggalkan segala yang haram dan yang ditegah oleh ugama kita.


Tapi inilah yang ramai manusia yang suka. Riba adalah haram tetapi ramai mengamalkan riba kerana ianya memudahkan atau menguntungkan pada pendapat mereka. Menipu, rasuah, curi tulang, ponteng kerja dan sebagainya adalah haram tetapi ramai tak perasaan berbuat perkara yang haram tersebut.

Kalau kita baca surat khabar dan selalu mendengar berita sudah tentu kita dapati ramai manusia termasuklah orang Islam sendiri berbuat perkara yang haram.

Maka zuhud peringkat pertama ini ramai juga yang belum dapat mengamalkan.

Zuhud peringkat yang kedua ialah meninggalkan yang subahah dan yang belum jelas halal haramnya. Yang ini juga ramai manusia tak ambil kesah sangat kerana tak jelas haramnya. Akan tetapi kalau selalu sangat kita membuat perkara yang subahah kita takut kebanyakan yang kita buat itu adalah perkara yang haram.

Sangatlah baik jika segala yang subahah kita elakkan.

Peringkat zuhud yang ketiga ialah meninggalkan yang halal jika ianya tak begitu perlu. Contohnya: jika kita berupaya membeli kereta mewah, kita tak berbuat demikian dan memadailah kita membeli dan menggunakan kereta biasa.

Kalau kita mampu tinggal di rumah yang besar lagi mewah, kita elakkan berbuat demikian dan tinggal di rumah yang sederhana tetapi agak selesa.

Dengan lain perkataan kita tidak berlebih-lebih berbelanja untuk kehidupan kita. Lebih baik keupayaan atau wang harta yang kita ada berlebihan itu kita gunakan untuk memghasilkan pahala secara bersedekah atau sebagainya bagi membantu mereka yang memerlukan pertolongan kita.

Harta kekayaan dan kemewahan hidup tak membawa kita kemana-mana, akhirnya ke kubur juga yang mana banyak bantuan kita perlukan dari amalan dan faedah dari harta kita. Harta yang menghasilkan banyak pahala adalah sangat membawa faedah ketika kita berada di kubur dan alam barzah. Harta peningallan kita tak banyak membantu kita di kubur malah akan ada pula yang menyusahkan kehidupan akhirat kita nanti. Tetapi kalau kita pandai mengendalikannya semasa kita hidup, harta tersebut dapat menghasilkan banyak pahala untuk kita.

Peringkat zuhud yang keempat ialah kita tak lalai mengingati Allah setiap masa. Segala perkara dan kegiatan yang boleh membuat kita lupa (lalai) kepada Allah dihindarkan. Maksudnya segalanya hendaklah kerana Allah bukan sebab yang lain.

Allah sangat suka kepada manusia yang zuhud.

Manusia juga akan suka kepada mereka yang zuhud. Itulah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW apabila ditanya oleh sahabat cara kita supaya disayangi oleh Allah dan disayangi oleh manusia.

Dan mereka yang zuhud sudah pasti membawa bersamanya pahala amal yang banyak, InshaAllah.



Kuliah Subuh 19.2.2010

No comments: