Thursday, 25 February 2010

MENDIDIK KANAK2

PETIKAN PERBINCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA 100224

Asasnya manusia adalah sama. Semuanya mempunyai potensi yang sama walau pun dalam bidang yang berlainan. Semuanya berdaya saing dan mampu untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Walau pun asasnya manusia adalah sama, mereka perlu dididik dan dipupuk untuk lebih berjaya dan cemerlang. Inilah peranan ibu bapa mereka, saudara mara mereka, kawan sahabat mereka dan manusia sekeliling mereka. Peribadi mereka juga dicorak dan dipengaruhi oleh apa yang mereka dengar, lihat dan baca.

Kanak-kanak dikirakan sebagai kain putih yang dicorak oleh ibu bapa mereka terutamanya. Mereka juga dipengaruhi oleh manusia sekeliling mereka.

Jadi jika mereka disogokkan dengan persekitaran positif maka mereka akan bersikap positif dan membena keyakinan diri yang baik. Jadi perlulah kita menyediakan persekitaran yang baik bagi membena anak-anak kita menjadi manusia yang berguna dan dapat menyumbang kepada masyarakatnya apabila mereka dewasa.

Asal manusia kanak-kanak yang perpotensi itu jika di bantu-didik dengan baik akan menghasilkan manusia dewasa yang mempunyai jati diri yang tinggi dan merasa diri mereka adalah bernilai tinggi, berguna bagi masyarakat. Dengan itu mereka mudah berbakti kepada masyarakatnya.

Kanak-kanak tak perlu dimanjakan dengan banyaknya kerana ini akan membuat mereka lemah dan malas berusaha. Berikanlah mereka yanggung jawab yang sesuai bagi perengjkat umur mereka. Misalnya mereka diberi kerja menyapu sampah dan memasukkan pakaina ke dalam mesin basuh. Dan belajar memasak yang ilmu ini sangat berguna untuk masa hadapannya.
rasa diri tinggi dan berguna

Kanak-kanak pula banyak dipengaruhi oleh apa yang mereka dengar dari percakapan kita, dan percakapan orang disekitar mereka. Denag itu sangatlah baik jika kita dapat mendidik mereka secara memberi panduan kepada mereka tatkala mereka berada di sekolah dan di luar rumah. Tunjuk ajarlah cara melintas jalan, memberi salam pada guru dan sahabatnya, membveri senyuman kerana senyuman akan dibalas dengan senyuman dan akan terlajinkan kebahagian dan suasana yang baik. Jiwa pula akan menjadi seronok.

Sediakan alam sekitar yang sangat memberansangkan mereka terus bersikap positif dan berjiwa besar tetapi tidak sombong. Berikan mereka tanggung jawab dan pujian apabila mereka berbuat sesuatu yang elok walau pun kecil pekerjaannya. Inilah peransang untuk mereka meneruskan kejayaan.

Bercakaplah perkara yang baik dan yang membena semangat mereka. Elakkan perkataan yang dianggap negatif dan berbentuk larangan kecualilah ianya sangat perlu.

Dan yang penting kita mestilah bersikap positif dalam segala hal.



Gambar (dari siaran RTM tersebut) disertakan menggambarkan manusia
yang ceria dan bahagia. Bagaimana pula jika mereka bermuka
masam dan bersikap serius sepanjang perbualan mereka?


Jadi ceria dan bahagiakanlah masyarakat kita denga kita sendiri
bersikap ceria dan bahagia, semyum sentiasa . . . .



No comments: