Wednesday 12 August 2009

KELIP KELIP

KENALKAH BINATANG INI?

Mungkin ada yang tak kenal. Mungkin ada yang kenal tapi tak pernah berjumpa dengannya.

Kami budak kampong selalu jumpanya terutamanya di waktu malam. Waktu siang pun jumpa tapi tak kenal atau tak perasan.

Mana nak kenal, "trade mark"nya tak nampak. pada waktu siang. Waktu malam pasti kita nampak trade marknya kerana ia bawa bersamanya spot lightnya. Kalau mereka terbang beramai2 sungguh indah
pandangannya sehingga orang di Kampong Kuantan Kuala Selangor buat duit dari kehadiran mereka. Apa taknya sebab dengan adanya mereka dan publisiti beberapa pehak ramailah pelancung datang ke Kampong Kuantan hanya untuk melihat kumpulan kelip2 ini. Dan juga berbelanja bagi menghasilkan pendapatan dan meningkatkan ekonomi orang kampong yang berniaga di situ.

Di kampong saya memang banyak kelip2 tapi oleh kerana tiada publisiti tak ada pelancung datang dan kami pun tidor lah ,walau pun kelip2 ini banyak beterbangan sepanjang malam.

Menurut cerita ada juga budak nakal kampong kami menggunakan kelip2 ini untuk mencuri menoreh pokok getah di estet berdekatan di waktu malam. Mereka letakkan kelip2 di hujung pisau penoreh untuk mencuri toreh pokok getah estet.

Kalau guna pelita jaga estet akan nampak mereka mencuri. Cahaya kelip2 itu digunakan sebagai alat pandu arah torehan mereka. Sungguh bijak mereka ini, tapi ada juga bodohnya kerana mencuri adalah berdosa.

Bila sorang kena tangkap yang lain kecut dan lari ke KL mencari penghidupan baru bekerja di KL.

Ini berlaku awal tahun 60an dulu. Kalau ceritakan kepada mereka sekarangni, mereka yang masih hidup tentu akan turut tergelak lucu.

Hikmahnya:
Mereka terpaksa merantau dan hasilnya, anak cucu mereka mendapat faedah dari suasana KL yang canggih dan banyak cabarannya itu. Dan kesannya ramai keturunan mereka yang berjaya. Kalau mereka masih berada di kampong mungkin harta sekangkang kera akan menjadi sekangkang semut. Maksudnya hidup mereka mungkin melarat.

Harta mereka usaha cari bukan mereka potong bahagi.

____________________________

Kita di akhirat nanti juga akan menjadi macam (tapi bukan sama) kelip2, masing2 membawa cahaya sendiri. Itu pun kalau ada cahayanya. Kalau tak ada maka bergelapanlah kita nanti.

Cahayanya adalah dari ibadah kita. Wuduk kita akan mengeluarkan cahaya di akhirat nanti. Ibadat kita yang lain juga akan membekalkan cahaya untuk kita.

Kalaulah cahaya tersebut tidak kita bekalkan sekarang maka kita tidak akan memperolehi cahaya tersebut di akhirat nanti. Nak berkongsi dengan orang lain punya cahaya mungkin tak boleh atau orang tak beri. Nak pinjam tak juga boleh. Nak beli tak ada yang dijual dan nak kita bayar dengan apa? Bukan ada RM atau USD atau Yen atau Euro. Bergelaple nampaknya.


Petikan dari ayat 8 Surah Tahrim berbunyi:

[8] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


KLIK SINI KALAU NAK BACA

dan DENGAR SURAHNYA:

66. At-Tahrim




Tuesday 11 August 2009

ADAB MAKAN

ADAB MAKAN (Sambungan)

Adab yang tercatat dahulu:

Sebelum makan:

1. Makanan yang halal dan baik
2. Basuh tangan sebelum makan
3. Adalah bekas meletakkan makanan
(saprah, dulang, pinggan, dll)
4. Duduk ketika makan
5. Makroh berdiri, berbaring atau bersandar ketika makan
6. Redo apa yang dimakan. Bersyukur.
7. Makan beramai2 lebih berkatnya
8. Niat ketika hendak makan


Semasa makan:
1. Baca Basmallah ketika mula makan
2. Sunat gunakan tangan kanan
3. Mulakan dan akhiri makan dengan secubit garam
4. Kecilkan setiap suap makanan


BACALAH RENCANYA DI SINI:

ADAB MAKAN

RENCANA SEMASA:

5. Makroh memotong makanan sambil memakannya. Yang elok dibuat ialah potong semua yang hendak dimakan dahulu, letakkan ke dalam bekas makanan dan kemudian barulah dimakan. Cara "potong sambil makan" tidak digalakkan.

6. Jangan hina makanan. Menggunakan makan menjadi bekas makanan lain adalah dikira menghina makanan tersebut. Kecualilah jika makanan tersebut terus dimakan. bersama2 Contoh: dianggap menghina roti (makanan) jika roti digunakan sebagai lapik untuk meletakkan makanan lain saperti buah2an.

Membuang makanan ke dalam tong sampah atau parit atau sungai juga dianggap menghina dan tidak menghormati makanan.

Yang eloknya makanan tersebut di berikan kepada binatang untuk dimakannya atau dijadikan baja pokok. Orang zaman dahulu dikeringkannya makanan mereka yang lebih untuk disimpan dan dimakan kemudiannya sama ada olehnya atau binatang peliharaannya.

6. Disunatkan menjilat jari selepas selesai makan. Tapi perlulah dibuat dengan cara yang betul dan tidak memualkan atau menjijikkan orang lain atau menyinggung perasaannya.

7. Sunat membasuh tangan atau mengelapkannya dengan kain atau kertas tisu. Kalau tangan kelihatan "tak kemas" atau comot, wajib membasuhnya.

8. Makanan yang jatuh perlu dipungut, dibersihkan dan dimakan. Jika tak dimakan berikan kepada binatang secara hormat. Mungkin makanan yang jatuh ini ada berkatnya dan rugilah jika ianya tidak kita ambil berkatnya untuk dimakan oleh syaitan. Dikirakan membazir pula jika ianya tidak dimakan dan orang yang membazir dikira pula ialah saudara syaitan.


KLIK UNTUH LIHAT:

HIDANGAN CONTOH


Catatan:
Sudu dan garpu atau chop stiks boleh digunakan untuk menyuap makanan jika diperlukan. Takkanlah kita nak makan laksa atau soto dengan tangan kanan. Jadi boleh disesuaikan mengikut keadaan.


Petikan Taskirah Selasa (Sairus Salikin 2)

Sunday 9 August 2009

IQ dan EQ

PENGUKUR EMOSI

Manusiani memang tak tahu semua dan tak akan tahu semua. Itu sebabnya manusia perlu belajar, melalui pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain atau melalui perbincangan dan bacaan.


Baru semalan saya tahu ada perkataan Emotional Quotient (EQ) atau kalau tak salah dalam Bahasa Melayunya “Nisbah Emosi”. Yang saya tahu dan pernah alami ialah intelligence quotient atau IQ.


Konsep dan penyelidikan tentangnya EQ dikatakan bermula pada tahun 80an.


Nasib baik salah satu hobi saya sekarangni bila saya berjalan2 saya “bawa handset dalam saku baju dan earphone pada telinga”; dapatlah saya dengar siaran radio sambil berjalan2.


Le ni siaran radio banyak membawa bersamanya ilmu yang menafaat dan stesen radio pula macam berlawan2 untuk menjadi yang terbaik. Bermacam slogan mereka gunakan dan sangatlah reaktif sekarang, banyak beroperasi secara online live pula melalui telefon atau e-mail atau SMS.


Berbagai berita dan ilmu ada disiarkan melalui radio sekarang. Inilah perubahan zaman. Kita ambillah yang baik darinya.


Perbincangan saya dengar melalui handset (radio) semalam sangat menarik hati. Sebab ianya membincangkan konsep EQ.


IQ mengukur tahap atau nisbah kebijaksanaan kita (intelligence) yang semua kita dah tahu dan ramai yang mengalaminya.


Semasa saya disekolah rendah dulu kami kena ambil peperiksaan IQ untuk ke sekolah menengah. Kalau gagal peperiksaan (Standard Type Primary School Exam atau periksa Darjah Enam) tak dapat masuk Tingkatan Satu. Jadi kenalah kami selalu belajar membiasakan diri dengan Ujian IQ.


Bendanya tak susah hanya menggunakan fikiran kita untuk menganalisa gambar rajah atau susunan perkataan. Contohnya ada 5 rajah dan kita diminta pilihkan mana yang berlainan antaranya. Dari 5 rajah itu 4 adalah sama tapi tak serupa dan hanya satu yany tak sama dan tak serupa. Mungkin warnanya sama, atau bentuknya sama atau dll.


Senang tapi susah nah habis menjawab semua soalan kerana masa menjawab singkat dan soalannya banyak. Terpaksalah cepat menjawabnya.


Kalaulah diberi masa yang panjang maka semua orang akan dapat menjawabnya dengan markah 100%.


Semasa saya pergi ujian temuduga di Port Dickson pada tahun 1968 kami kena ambil exam yang agak sama juga. Ramai juga yang gagal termasuk kawan saya Abd Hamid anak Ustazah di kampong saya. Sebenarnya beliau bukannya tak pandai tapi mungkin peperiksaan dalam bahasa Inggeris dan dia belajar aliran Melayu. Dengan masa yang sengkat memang susahlah.


Besuknya kami balik kerana gagal ujian. Saya gagal ujian badan – tak cukup layak menjadi askar agaknya. Kononnya nak jadi pegawai askar pergilah temuduga seminggu di situ, tapi besoknya kena balik. Tapi kami enjoy kerana mereka kata kalau nak balik boleh balik. Kalau nak tunggu boleh tunggu – makan tidor percuma. Jadi pagi besoknya kami enjoy mandi laut dan meronda kerana balik dengan kereta api hanya pada petangnya, malamnya sampai KL.


Semasa saya di France juga kena ambil peperiksaan IQni. (Pergi kursus Summer School – percuma siapa tak mahu pergi). Tapi keputusan (catatan) yang saya dapat lebih kurang begini bunyinya:


“Mungkin anda tak faham soalan. Oleh itu jawapan anda tak boleh kami buat analisa dan beri keputusannya”. Otak Mat Salleh mungkin tak sama dengan otak saya. Ha. Ha.


Itulah IQ dan peperiksaan bagi menilaikan IQ.


Molek digunakan tapi ada yang tak dapat diukurnya. Kerana segalanya bukan pada IQ. Kenalah IQ campur ? campur ?.

_________________________________________


EQ pula digunakan untuk mengukur emosi manusia.


Oleh kerana ianya adalah satu yang agak baru iannya belum digunakan secara meluas.


(IQ pun dah tak digunakan di sekolah kita sekarang. Sebabnya tak tahulah. Kalau ada bagus juga kerana kami dulu seronok dibuatnya).


Perasaan atau emosi sangat penting dalam kehidupan manusia. Kan bagus jika ianya dapat kita ukur secara saintifik.


Kalau emosi tak dapat dikawal teruk jadinya. Contoh:


Saya ada kawan yang gemuruh bila berada dikalayak ramai. Pada satu tahun itu (1998) dia masuk kumpulan nasyid untuk bernasyid di Sambutan Malam Raya. Dia terpilih jadi lead singer (ketua) kerana suaranya sangat baik. Masa latihan semua OK. Sampai malam persembahan suaranya tak keluar. Kelam kabut sekejab. Nasib baik kumpulannya tak gelabah boleh meneruska nasyid mereka. Mungkin juga ramai penuntun yang tak perasaan ianya berlaku.


Saya juga ada kawan yang suka bercakap dalam majlis orang ramai. Namanya Abd Rahman. Beliau kata kalaulah Dr Mahadhir ada dalam majlis dia lagi suka bercakap di majlis itu kerana seronok berbuat demikian (masa itu Mahadhir = PM). Terutama jika majlis itu majlis forum. Beliau suka pandangannya didengar orang. Suatu kepuasan baginya.


EQ boleh dipupuk dan diperbaiki melalui latihan dan pengalaman.


Mak saya dulu cakap menggunakan telefon gemuruh juga. Selepas beberapa ketika fasih juga percakapannya. Dulu orang yang telefon dia tapi kemudiannya dia yang buat panggilan. Adakah bermaksud dulunya mak saya QEnya rendah dan kemudian meningkat?


IQ dan EQ kedua2nya berguna, walau pun masih ada sedikit kelemahannya. Konsepnya sangatlah bagus. Sama2lah kita perbaikinya untuk menjadikan ianya asas kayu ukur kita di dunia ini untuk kebaikan bersama.



Klik gambar rajah dan untuk sahkkan IQ anda



Klik dan bacalah:

IQ1:
http://www.wisegeek.com/what-is-an-emotional-quotient-eq.htm

EQ:
http://www.businessballs.com/eq.htm

LAGI:
http://www.google.com/search?ie=UTF-8&oe=UTF-8&sourceid=navclient&gfns=1&q=emotional+quotient



Friday 7 August 2009

SUFIAH HABSAH

KESAH SUFIAH.

Sufiah adalah seorang Yahudi yang bapa dan keluarganya ramai dibunuh. Tinggallah dia sebatang kara menjadi tawanan. Tetapi akhirnya ia berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW setelah sahabat lainnya tak mampu nak mengahwininya kerana dia anak ketua Yahudi yang berpengaruh.

Habsah, juga isteri nabi Muhammad SAW, selalu memperlikan Sufiah sebagai berbangsa Yahudi dan menjadi musuh umat Islam. Ini membuat Sufiah yang kehilangan ramai saudara maranya berduka cita dan menangis.

Apabila Nabi Muhammad SAW mendapat tahu hal tersebut baginda berkata pada Sufiah bahawa Sufiah tak perlu bersedih dengan kata2 tersebut. Sebenarnya Sufiah adalah wanita yang sangat utama kerana bapanya nabi, bapa saudaranya nabi dan suaminya nabi. Tarafnya sangatlah tinggi berbanding dengan Habsah yang hanya suaminya sahaja adalah nabi.

Percakapan nasihat Nabi Muhammad SAW yang sebegini telah meredakan kesedihan Sufiah.

Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Habsah di ketika yang lain pula baginda menasihatkan Habsah untuk ingatkan Allah dan jangan berkata sedemikian pada Sufiah kerana malaikat mencatat segala yang dikatakannya.

Bapa Sufiah ialah Nabi Harun, bapa saudaranya ialah Nabi Musa dan suaminya ialah Nabi Muhammad SAW. Sufiah adalah keturunan Nabi Harun saudara kepada Nabi Musa.

INILAH KEBIJAKSANAAN SEORANG NABI


Petikan dari Siaran Radio Ikim pada 6.30 pagi dan 8.00 malam
91.50 MHz

Tuesday 4 August 2009

ADAB MAKAN


ADAB MAKAN – SEMASA MAKAN



1. MEMBACA BASMALLAH

Mulakan makan dengan membaca Basmallah (Bismillah hir Rahman nir Rahhim). Memadai dengan menbacanya sebelum memulakan makan. Elok jika boleh dibaca banyak kali ketika makan. Bacanya dengan agak nyaring supaya orang lain dapat mendengarnya dan jika mereka lupa membacanya, mereka akan teringat untuk berbuat demikian.


Sebutan Basmallah sebelum makan adalah untuk menyatakan syukur kepada Allah kerana kita boleh menikmati makanan tersebut. Ramai orang lain walau pun kaya raya tak boleh menikmati makanan kerana berbagai sebab termasuk sebab kesihatan. Jadi kita perlulah bersyukur yang kita boleh makan dengan baiknya. Kalau dah tak boleh apa boleh buat. Tengok sajalah orang lain makan.


Membaca Basmallah adalah juga sunah Nabi Muhammad SAW dan disarankan olehnya. Baginda pernah menyatakan ttentang adab hendak makan saperti berikut, maksudnya:


"Sebutlah nama Allah, Makan dengan menggunakan tangan kanan dan ambillah makanan yang terdekat dahulu”.


Apabile selesai makan maka katakanlah "Alhamdulillah" menunjukkan yang kita bersyukur kepada Allah yang memberikan kita rezeki makanan.



2. SUNAT MENGGUNAKAN TANGAN KANAN

Gunakan tangan kanan untuk menyuap makanan. Juga untuk mengambil lauknya. Menurut Kesahnya syaitan makan menggunakan tangan kiri. Jadi jika kita makan menggunakan tangan kiri, ini bermaksud kita meniru perangai syaitan.


Perlulah juga kita memegang minuman menggunakan tangan kanan juga.



3. MULAKAN DAN SUDAHI MAKAN DENGAN SEDIKIT GARAM


Memulakan makan dengan secubit garam adalah baik. Apabila lidah kita merasa garam tersebut ia akan meransang anggota yang berkaitan dengan permakanan kita menjalankan tugasnya dengan baik. Anggota badan kita akan tersedia untuk memproses bahan yang kita makan. Ia juga dapat menghalang penyakit. Ada yang menyatakan yang Allah akan menghalang 70 penyakit dari datang kepada kita jika kita makan garan sebelum makan makanan yang lainnya.



Sudahilah makan juga dengan sedikit garam.




4. KECILKAN SUAP

Mengecilkan suap adalah baik untuk kesihatan. Ini adalah kerana makanan yang sedikit kuantitinya memudahkan makanan tersebut dihancurkan ketika di dalam mulut dan memudahkan penghazaman ketika makanan tersebut tiba ke dalam perut dan ursus.


Segala makanan perlulah dikunyah supaya ianya lumat dan mudah di serap zat makanannya. Jika tidak makanan tersebut tidak dapat diserp oleh badan kita dan hanya akan keluar sebagai bahan buangan badan kita (tahi).


Tujuan asas badan kita perlukan makanan ialah supaya segala zat makanannya dapat diserap oleh badan untuk, membesar, menggantikan sel-sel yang mati dan dorman dan menghalang penyakit dari menyerang badan kita.


Artikel terdahulu: ADAB MAKAN (Klik untuk lihatnya)



Lagi . . . . . Akan datang


Petikan Taskirah Madrasatul Huda dari kitab Sairus Salikin 2.