ADAB MAKAN
5. NIAT
Ketika hendak makan hendaklah berniat kita makan untuk memudahkan ibadah dan untuk kesihatan badan. Di sebalik itu janganlah makan banyak. Cukup sekadar untuk tujuan menguatkan tulang supaya boleh beribadat dengan selesa.
Banyak makanan kita mengandungi racun. Jadi jika kita makan banyak bermakna jumlah racun dalam badan kita akan meningkat dan mungkin akan memudaratkan kesihatan. Makan banyak akan menambahkan kemungkinan meningkatkan penyakit. Jika makan kurang penyakit dapat dikurangkan.
Ikutlah panduan Nabi menyatakan bahawa perut perlu diisi oleh satu-pertiga makanan, satu-pertiga air dan satu-pertiga lagi pernafasan ayau angin.
Nabi juga menyarankan supaya kita makan tatkala kita lapar dan berhenti makan sebelun kita kenyang. Polisi berhenti makan sebelum kenyang ini sangat praktikal kerana bila kita berbuat demikian (henti sebelum kenyang) kita akan pasti kenyang akhirnya (beberapa minit kemudiannya). Kalau kita berhenti bila kenyang maka akibatnya kita akan terlalu kenyang akhirnya disebabkan oleh momentum aliran makanan yang memasuki perut kita. Perasaan kenyang itu datang kemudian dari isi makanan yang masuk perut kita.
Dikatakan juga jangan kita simpan makanan di dalam perut kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan.
Makanlah mengikut objektif makanan kepada badan kita. Iaitu untuk membolehkan badan berfungsi dengan cekap. Jadi ikutlah peraturan supaya objektif ini boleh tercapai dengan baiknya. Bak kata orang ikut nafsu lesu, ikut hati mati.
6. REDO.
Kita perlu redo dan bersyukur dengan apa yang ada untuk dimakan.
Nabi Muhammad apabila pergi ke rumah isterinya di waktu pagi dan didapatinya tiada makan maka Baginda akan berpuasa pada hari itu.
Jika didapati makanan yang disediakan tak sedap atau kurang sedap atau tak menyelerakan, maka janganlah memarahi mereka yang menyediakan makanan tersebut atau memberi komen yang menyakitkan hatinya.
Perlu diingat bahawa yang penting dalam makanan bukanlah kesedapannya tetapi kualiti isi kandungan makanan tersebut. Apa gunaya makanan yang sedap jika ib mengandungi racun (perisa makanan -Aji no moto, boric asid) dan pengawit yang merbahayakan.
7. MAKAN BERJEMAAH
Nabi menyarankan kita supaya makan secara beramai bukan sorang-sorang kerana makan beramai ada berkatnya. Makan dengan banyak tangan itu berkat. Dan disarankan supaya apabila makan perlulah kita mengambil makanan yang terdekat dahulu sebelum mengambil yang jauh dari kita.
No comments:
Post a Comment