Saturday 25 July 2009

003 AALI IMRAN - TAQWA DAN DAKWAH

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

TAKUT DAN DAKWAH

Klik untuk besarkan:
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad dan puak Islam dari Mekah ke Madinah dua puak Arab di Madinah sentiasa bermusuhan dan berbunuhan antara mereka. Dengan datangnya Islam kepada mereka kaum tersebut menjadi akrab dan sedia membantu orang Mekah yang berhijrah ke tempat mereka. Permusuhan antara mereka hilang dengan begitu sahaja.

Keadaan begini membuat kaum Yahudi Madinah kurang senang kerana perdamaian antara puak Arab ini hanya merugikan mereka akibat bangsa Arab menjadi lebih kuat dari mereka.

Pada suatu ketika pehak Yahudi telah menyenangkan semula keadaan sebelum Islam kepada puak-puak Arab ini mengkibatkan mereka menjadi geram antara satu sama lain kesan hasutan Yahudi tersebut dan mulalah bergadoh antara sendiri.

Melihat keadaan sebegini Nabi Muhammad telah berjumpa dengan mereka dan memberitahu yang sekarang mereka telah aman dan kuat. Mengapakah mereka harus mendengar hasutan Yahudi dan berpecah sesama sendiri yang akan hanya merugikan mereka dan menguntungkan Yahudi.

Hasilnya puak Arab Madinah mula sedar tentang rancangan dan hasutan Yahudi dan bersatu semula.

Inilah rahmat dan nikmat yang dibawa oleh Islam.

Dahulu mereka hampir terjerumus ke dalam neraka. Dengan adanya Islam dan ianya dianuti oleh mereka mereka terselamat dari neraka dan mudah masuk ke syurga. Islam telah meyelamatkan mereka dari neraka dan meletakkan mereka ke ambang syurga, atas pilihan mereka. Kenapakah nak masuk ke neraka lagi sedang syurga sedang menunggu mereka?

Panduan memasuki juga disediakan. Maka pilihlah hendak ke Neraka atau Syurga.

Kita pasti biasa dengan ayat 102 yang selalu dibacakan oleh Khatib setiap hari Jumaat. Ianya menjadi salah satu dari rukun khutbah Jumaat menyuruh manusia Islam supaya takut kepada Allah.

Takut bukan bermakna lari atau menjauhi Allah tetapi takut hendaklah kita mendekatiNya dan memahamiNya. Dekatilah Allah untuk menjadi berani dan yakin.







Petikan Taskirah Pagi Ahad Madrasatul Huda

.

No comments: