Monday, 20 July 2009

BERLAKUN

BERLAKUN



Pernahkah anda berlakun?


Sudah tentu. . . . Apa tidaknya.


Bukankah dunia ini adalah pentas lakunan. Dan semua manusia berlakun.


Bos kita berlakun. Mereka mesti berlakun serba tahu (kebanyakannya, bukan semua). Kalau tidak macam mana tak kawal anak buah mereka. Mereka mesti berlakun yang mereka sentiasa benar tiada kesalahan. Kalau tidak macam mana nak dapat respect atau hormat kakitangannya.


Suami atau isteri juga berlakun. Mereka berlakun yang mereka adalah pasangan terbaik dan sangat saying pada pasangannya. Mereka berlakun yang mereka adalah bapa atau ibu yang terbaik untuk anak mereka, berlakun yang mereka dah buatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.


Anak juga berlakun yang mereka adalah anak terbaik, berlakun sekurang-kurangnya semasa di hadapan ibu bapa mereka. Di belakang mere lain pula halnya.


Pekerja berlakun ramai, sekurang-kurang depan bosnya yang mereka adalah pekerja yang baik dan bersikap positif. Belakang bos mungkin mengutuk bos.


Yang miskin berlakun dan berlagak kaya. Yang kaya pula berlagak juga, berlagak ianya berkuasa.


Yang sembahyang pun ada yang berlakun. Pergi ke mesjid kalau ada orang tertentu datang ke masjid. Sekurang-kurangnya untuk menampakkan muka kepada mereka yang datang. Kalau YB melawat atau Sultan melawat mesti datang tunjuk muka. Ramai pula yang mengekur orang kenamaan tersebut.


Yang tak tahu dan tak pandai berlagak macam pandai sangat. Carilah mereka ini di warong kopi. Macam2 komen boleh kita dengar dari mereka. Kalah ahli parlimen (yang juga banyak yang berlakun).


Kalau semua orang berlakun maka siapakah yang tak berlakun? Ini kena jawab sendiri. Saya pun tak tahu kerana banyak sangat yang berlakun sampai kita tak dapat asingkan yang mana tak berlakun. Mungkin hanya yang iklas yang tak berlakun. Tapi iklas ialah perkara yang orang lain tak nampak dan tak dapat diukur. Yang tahu keiklasan seseorang itu ialah dirinya sindiri bukan orang lain.


Maka Hanya Allah lah yang tahu.


Mungkin jika berlakun biarlah berpada-pada. Dan biarlah lakunan kita itu mendatangkan kesan positif kepada masyarakat. Janganlah berlakun untuk kepentingan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Amalkanlah sikap yang menghasilkan kesan menang-menang dan tiada pehak yang kalah atau kerugian.


Pelakun drama atau filem berlakun untuk mendapat duit bayaran lakunan mereka. Kita berlakun biarlah mendapat bayaran pahala dan bukan dosa.



Tugasan:

Carilah manusia yang tak berlakun.

No comments: