Saturday 6 June 2009

TASKIRAH UBUDIAH


TASKIRAH UBUDIAH


Bagi Orang Lain Seronok

Bagi Orang Lain Tak Susah



Salah satu cara untuk mendapatkan pahala dan mengelak kita mendapat dosa ialah dengan membuat orang lain seronok dan menghindarkan diri kita dari menyusahkan orang lain.


Terlalu banyak cara untuk menjadikan orang lain seronok dan cara untuk tidak menyusahkan orang lain. Contohnya:


Memberi tempat duduk kepada orang lain terutamanya orang berumur, wanita hamil dan sebagainya ketika berada di dalam bas atau kereta api.


Memendikkan Khutbah Jumaat bagi membolehkan jemaah masa untuk balik ke tempat kerja mereka. Ada di antara mereka yang bertugas jauh dari masjid dan ada yang masuk kerja awal dan jika khutbah panjang mungkin tak sempat masuk kerja mengikut waktunya. Memanjangkan masa khutbah mungkin akan memberi tekanan mental kepada mereka dan mungkin mereka culas nanti nak datang sembahyang.


Ini pernah berlaku di Masjid Bulat Seksyen 14 PJ di mana khatib telah sengaja memanjangkan khutbah pada suatu hari cuti umum. Ramai yang tak cuti pada hari itu (yang kerja kilang berdekatan) nampak gelisah kerana masa kerja mereka dah hampir tapi khutbah tak habis lagi. Ini berlaku pada tahun awal 1980an. "Hari ini cuti umum jadi khutbah boleh dipanjangkan" Kata khatib tersebut.


Tidak menghalang lalu lintas, saperti meletakkan kereta di luar rumah sehingga kereta orang lain susah nak melalui jalan di hadapan rumah kita. Atau meletakkan kereta di depan kedai dengan cara tak teratur hinggga menghalang lalu lintas.


Berkatalah dengan sopan jika mahu menegor orang lain. Ramai manusia yang suka menengking kanak2 yang membuat kesalahan. Ini akan membawa kesan negative kepada mereka. Alangkah baiknya jika kita boleh bertutur dengan sopan dengan mereka. Kita akan dihormati oleh mereka dan mereka akan dapat menerima teguran kita dengan baik.


Nabi Muhammad ketika di maki hamun oleh mereka yang tak suka kepadanya tidak akan bertindak kasar kepada mereka. Ia hanya berdiam diri. Terdapat suatu ketika dimana nabi telah tidak dimaki hamun oleh seorang wanita. Baginda bertanya dimanakan wanita tersebut. Apabila mendapat tahu yang wanita tersebut sakit baginda pergi mengziarahinya. Sejak itu wanita tersebut menjadi “peminat” nabi. Suatu perbuatan baik sudah tentu akan dibalas denga baik akhirnya.



Friday 5 June 2009

SURAH AL - AN'AAM

TASKIRAH BUKIT A:

Allah menjadikan kebun taman buah-buahan yang berlainan jenis dan berlainan rasanya. Ada yang sama jenis tapi berlainan rasanya misalnya jenis durian atau rambutan yang lainan bentuk dan rasanya ada yang sedap lemak, ada yang tawar dan ada yang masam (rambutan). Ini terjadi walaupun tanahnya adalah jenis yang sama dan menggunakan baja yang sama. Hanya Allah yang menjadikannya berlainan.


Binatang ternakan pula Allah jadikan berlainan jenis yang digunakan untuk menolong manusia membuat kerja mereka, dijadikan kenderaan tunggangan dan untuk menghasilkan makanan dan minuman untuk manusia.

Hasil tanaman dan ternakan diwajibkan Allah supaya kita mengeluarkan zakat darinya menurut kadar dan lain-lain ketentuan yang termaktub. Janganlah manusia melampau batas.

Contoh:
Janganlah membazir. Jika makan tu cukuplah makan cara sederhana. Tak perlu membazir dengan memakan di hotel yang mahal. Padhal dengan jumlah kos yang sama kita boleh menjamu lebih ramai orang jika memasaknya sendiri atau makan dikedai biasa. Ianya mendatangkan pahala pula pada yang menjamu makanan tersebut.

Jika sudah berjawatan tinggi janganlah sombong tak mahu campor dengan orang kebanyakan. Masjid pun tak datang kerana keinginan hanya ke kelab exklusifnya. Bila mati baru nak panggil orang masjid/surau.

*******************************************

Masyarakat jahiliah dahulu kala menjadikan adat melarang diri mereka memakan binatang ternakan tertentu. Perkara ini dinyatakan dalam ayat 143 hingga 145 di bawah ini.

Allah telah menegor mereka yang berbuat demikian kerana Allah hanya mengharamkan
bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Yang lainnya adalah halal dimakan.


Ikutilah surah tersebut berikut ini:


[141] Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

[142] Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

[143] (Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar".

[144] Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad): "Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini?" Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

[145] Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.











Bukit A terletak di Cheras Baru (Batu 5 Jalan KL Kajang).
Suraunya aktif mengadakan kelas Ugama setiap malam dan pagi hujung minggu
Bandaraya KL telah merancang untuk menaik tarafnya menjadi masjid tak lama lagi.


Wednesday 3 June 2009

75 DOSA-DOSA BESAR

KEEMPAT:
MENINGGALKAN SOLAT

Surah yang berkaitan dengan melalaikan solat:


1. Surah Maryam

019:59 Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

019:60 Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.


Dalam ayat 58 Surah Maryam dinyatakan bahawa: Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Bila datang generasi yang terkemudian mereka generasi yang kemudian ini berubah menjadi kufur engkar kepada perintah Allah dan mereka meninggalkan sembahyang.




2. Surah Al-Maa'uun

[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

[3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

[5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).




3. Surah Al-Munafiquun

[9] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Bersambung . . . . . .