Saturday, 6 June 2009

TASKIRAH UBUDIAH


TASKIRAH UBUDIAH


Bagi Orang Lain Seronok

Bagi Orang Lain Tak Susah



Salah satu cara untuk mendapatkan pahala dan mengelak kita mendapat dosa ialah dengan membuat orang lain seronok dan menghindarkan diri kita dari menyusahkan orang lain.


Terlalu banyak cara untuk menjadikan orang lain seronok dan cara untuk tidak menyusahkan orang lain. Contohnya:


Memberi tempat duduk kepada orang lain terutamanya orang berumur, wanita hamil dan sebagainya ketika berada di dalam bas atau kereta api.


Memendikkan Khutbah Jumaat bagi membolehkan jemaah masa untuk balik ke tempat kerja mereka. Ada di antara mereka yang bertugas jauh dari masjid dan ada yang masuk kerja awal dan jika khutbah panjang mungkin tak sempat masuk kerja mengikut waktunya. Memanjangkan masa khutbah mungkin akan memberi tekanan mental kepada mereka dan mungkin mereka culas nanti nak datang sembahyang.


Ini pernah berlaku di Masjid Bulat Seksyen 14 PJ di mana khatib telah sengaja memanjangkan khutbah pada suatu hari cuti umum. Ramai yang tak cuti pada hari itu (yang kerja kilang berdekatan) nampak gelisah kerana masa kerja mereka dah hampir tapi khutbah tak habis lagi. Ini berlaku pada tahun awal 1980an. "Hari ini cuti umum jadi khutbah boleh dipanjangkan" Kata khatib tersebut.


Tidak menghalang lalu lintas, saperti meletakkan kereta di luar rumah sehingga kereta orang lain susah nak melalui jalan di hadapan rumah kita. Atau meletakkan kereta di depan kedai dengan cara tak teratur hinggga menghalang lalu lintas.


Berkatalah dengan sopan jika mahu menegor orang lain. Ramai manusia yang suka menengking kanak2 yang membuat kesalahan. Ini akan membawa kesan negative kepada mereka. Alangkah baiknya jika kita boleh bertutur dengan sopan dengan mereka. Kita akan dihormati oleh mereka dan mereka akan dapat menerima teguran kita dengan baik.


Nabi Muhammad ketika di maki hamun oleh mereka yang tak suka kepadanya tidak akan bertindak kasar kepada mereka. Ia hanya berdiam diri. Terdapat suatu ketika dimana nabi telah tidak dimaki hamun oleh seorang wanita. Baginda bertanya dimanakan wanita tersebut. Apabila mendapat tahu yang wanita tersebut sakit baginda pergi mengziarahinya. Sejak itu wanita tersebut menjadi “peminat” nabi. Suatu perbuatan baik sudah tentu akan dibalas denga baik akhirnya.



No comments: