Friday, 5 June 2009

SURAH AL - AN'AAM

TASKIRAH BUKIT A:

Allah menjadikan kebun taman buah-buahan yang berlainan jenis dan berlainan rasanya. Ada yang sama jenis tapi berlainan rasanya misalnya jenis durian atau rambutan yang lainan bentuk dan rasanya ada yang sedap lemak, ada yang tawar dan ada yang masam (rambutan). Ini terjadi walaupun tanahnya adalah jenis yang sama dan menggunakan baja yang sama. Hanya Allah yang menjadikannya berlainan.


Binatang ternakan pula Allah jadikan berlainan jenis yang digunakan untuk menolong manusia membuat kerja mereka, dijadikan kenderaan tunggangan dan untuk menghasilkan makanan dan minuman untuk manusia.

Hasil tanaman dan ternakan diwajibkan Allah supaya kita mengeluarkan zakat darinya menurut kadar dan lain-lain ketentuan yang termaktub. Janganlah manusia melampau batas.

Contoh:
Janganlah membazir. Jika makan tu cukuplah makan cara sederhana. Tak perlu membazir dengan memakan di hotel yang mahal. Padhal dengan jumlah kos yang sama kita boleh menjamu lebih ramai orang jika memasaknya sendiri atau makan dikedai biasa. Ianya mendatangkan pahala pula pada yang menjamu makanan tersebut.

Jika sudah berjawatan tinggi janganlah sombong tak mahu campor dengan orang kebanyakan. Masjid pun tak datang kerana keinginan hanya ke kelab exklusifnya. Bila mati baru nak panggil orang masjid/surau.

*******************************************

Masyarakat jahiliah dahulu kala menjadikan adat melarang diri mereka memakan binatang ternakan tertentu. Perkara ini dinyatakan dalam ayat 143 hingga 145 di bawah ini.

Allah telah menegor mereka yang berbuat demikian kerana Allah hanya mengharamkan
bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Yang lainnya adalah halal dimakan.


Ikutilah surah tersebut berikut ini:


[141] Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

[142] Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

[143] (Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar".

[144] Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad): "Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini?" Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

[145] Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.











Bukit A terletak di Cheras Baru (Batu 5 Jalan KL Kajang).
Suraunya aktif mengadakan kelas Ugama setiap malam dan pagi hujung minggu
Bandaraya KL telah merancang untuk menaik tarafnya menjadi masjid tak lama lagi.


No comments: