Monday 27 September 2010

PRASANGKA = BURUK SANGKA



PRASANGKA MENUTUP KEJAYAAN DIRI

(Petikan Tafsir Radio IKIM 91.5fm)




Sikap prasangka boleh menghalang kejayaan.

Sikap prasangka ini pernah berlaku kepada kumpulan Ahli Sunnah di zaman dahulu tatkala mereka bersikap buruk sangka kepada kumpulan ahli Muktazilah sehingga tidak mahu bersama kumpulan ini untuk berbincang tentang hal agama, ketika dijemput berbuat demikian oleh Sultan pemerintah mereka. Mereka berpendapat bahawa kumpulan Muktazilah adalah kumpulan terkeluar dari Islam dan tak perlulah (tak halal) untuk bermuzakarah dengan kumpulan tersebut, walau pun jemputan berbincang tersebut adalah dari Sultan (pemerentah).

Kecualilah Abu Bakar Bathilani (bermazhab Maliki), yang tidak bersikap prasangka tersebut. Beliau menyatakan kepada gurunya, Abu Hassan Bahiri, bahawa mereka perlu pergi bermuzakarah supaya mereka dapat berhujjah tentang Islam secara terbuka. Katanya lagi bahawa jika tuan gurunya tak mahu menerima jemputan Sultan untuk bermuzakarah, biarlah dia sendiri yang pergi dan membentangkan kebenaran Ahli sunnah kepada Sultan dan kumpulan Muktazilah tersebut.

Kesannya, selepas berhujjah di perjumpaan tersebut kumpulan Muktazilah kalah dalam perdebatan mereka dan hasilnya Sultan mula tak berpecaya kepada kumpulan Muktazilah dan kepercayaannya berpindah kepada Kumpulam Ahli Sunnah. Dan Sultan pula telah melantik Abu Hassan Bahiri menjadi Kadhinya.

Inilah kesan kerana adanya sikap terbuka seorang ulama yang tidak menutup pintu untuk berbincang walaupun, dengan kumpulan yang dikatakan mengeleweng. Jikalah beliau tidak berbuat demikian mungkin kumpulan Ahli Sunnah akan terus dipinggirkan tanpa pengaruh di negeri tersebut, sementara kumpulan Muktazilah menjadi bertambah kuat pengaruhnya.

Pemergiannya untuk bertemu muka dengan “musuhnya” itu berjaya menaiki martabat kumpulannya yang benar.

Dapatlah kita mengambil pengajaran di sini, bahawa perkara baik dan benar itu akan terus terbantut-terpendam jika adanya sikap prasangka yang tak terkawal. Mungkin kena juga ada sikap "Berani kerana benar".

Jika sikap prasangka tersebut terus dianuti oleh semua ahli Kumpulan Ahli Al Sunnah tatkala itu maka Kumpulan Muktazilah akan terus dipercayai oleh sultan dan Kumpulan Ahli Al Sunnah akan terus dipinggirkan.

Abu Bakar Bathilani yang bermazhab Maliki telah digelar sebagai pedang Ahli Al Sunnah sejak ia menjadi orang kepercayaan Sultan sebagai Kadhi.

______________________________

Sikap terbuka Abu Bakar Bathilani telah menghasilkan kejayaan kepada Kumpulan Ahli Sunnah dan meminggirkan Kumpulan Muktazilah yang dulunya sangat berpengaruh kepada pemerintah dan masyarakat. Perbincangan tersebut telah menghasilkan hikmahnya, yang mungkin akan terus terpendam jika tak diterokai.

Hikmah itu boleh datang dari tempat yang kita tak jangka. Jika kita tak berada di tempat tersebut maka ianya akan terus terpendam. Perlulah kita berusaha mendapatkannya.

-------------------------------------------------

Jadi perlulah kita buangkan sikap prasangka kita dan mula bersikap baik sangka, walaupun kita harus perlu berjaga2.

Disarankan untuk membaca Majallah Solusi edisi 23 untuk penerangan selanjutnya.

Kebiasaannya buruk sangka datangnya dari hati yang kotor. Contohnya seorang penjahat akan merasa bahawa semua orang kelilingnya adalah polis dan perlu ia takuti dan berburuk sangka.

---------------------------------------------------------

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW pernah bersikap prasangkan tehadap kaum yang dahulunya bermusuh dengannya sebelum mereka memeluk Islam. Tatkala beliau diarahkan oleh Nabi untuk mengutip zakat dari kaum tersebut, beliau telah pergi ke kabilah kaum tersebut menjalankan tugas yang diarah.

Tetapi tatkala sampai ia melihat ramai menunggunya dan disangkanya mereka ini hendak membunuhnya. Tampa usul periksa sahabat ini telah balik ke Madinah melapurkan kepada Nabi bahawa kaum ini telah murtad dan hendak membunuhnya. Nabi nyaris membuat keputusan untuk memerangi kaum tersebut berdasarkan kepada percakapan sahabat berkenaan.

Inilah akibat perasaan prasangka. Prasangka sahabat tersebut telah membuatnya berbohong dan bercakap perkara yang tak benar.

Sebenarnya kaum tersebut sedang menunggu wakil Nabi untuk mengutip zakat dan bukan bertujuan untuk membunuh sahabat yang datang mengutip zakat tersebut.

Jika sahabat tersebut berbaik sangka terhadap kaum yang ditemuinya untuk memungut zakat, maka segalanya akan selamat.



Dengarlah siaran IKIM setiap pagi 6.30 pagi ulangannya pada 8.00 malam
bagi cerita selanjutnya (Tafsir Al Quran).

Ejaan nama mungkin tak tepat kerana rujukan hanya hasil pendengaran Radio.



Lebih faham dan ingat lebih lama kalau saya tuliskan, InshaAllah