Wednesday 12 August 2009

KELIP KELIP

KENALKAH BINATANG INI?

Mungkin ada yang tak kenal. Mungkin ada yang kenal tapi tak pernah berjumpa dengannya.

Kami budak kampong selalu jumpanya terutamanya di waktu malam. Waktu siang pun jumpa tapi tak kenal atau tak perasan.

Mana nak kenal, "trade mark"nya tak nampak. pada waktu siang. Waktu malam pasti kita nampak trade marknya kerana ia bawa bersamanya spot lightnya. Kalau mereka terbang beramai2 sungguh indah
pandangannya sehingga orang di Kampong Kuantan Kuala Selangor buat duit dari kehadiran mereka. Apa taknya sebab dengan adanya mereka dan publisiti beberapa pehak ramailah pelancung datang ke Kampong Kuantan hanya untuk melihat kumpulan kelip2 ini. Dan juga berbelanja bagi menghasilkan pendapatan dan meningkatkan ekonomi orang kampong yang berniaga di situ.

Di kampong saya memang banyak kelip2 tapi oleh kerana tiada publisiti tak ada pelancung datang dan kami pun tidor lah ,walau pun kelip2 ini banyak beterbangan sepanjang malam.

Menurut cerita ada juga budak nakal kampong kami menggunakan kelip2 ini untuk mencuri menoreh pokok getah di estet berdekatan di waktu malam. Mereka letakkan kelip2 di hujung pisau penoreh untuk mencuri toreh pokok getah estet.

Kalau guna pelita jaga estet akan nampak mereka mencuri. Cahaya kelip2 itu digunakan sebagai alat pandu arah torehan mereka. Sungguh bijak mereka ini, tapi ada juga bodohnya kerana mencuri adalah berdosa.

Bila sorang kena tangkap yang lain kecut dan lari ke KL mencari penghidupan baru bekerja di KL.

Ini berlaku awal tahun 60an dulu. Kalau ceritakan kepada mereka sekarangni, mereka yang masih hidup tentu akan turut tergelak lucu.

Hikmahnya:
Mereka terpaksa merantau dan hasilnya, anak cucu mereka mendapat faedah dari suasana KL yang canggih dan banyak cabarannya itu. Dan kesannya ramai keturunan mereka yang berjaya. Kalau mereka masih berada di kampong mungkin harta sekangkang kera akan menjadi sekangkang semut. Maksudnya hidup mereka mungkin melarat.

Harta mereka usaha cari bukan mereka potong bahagi.

____________________________

Kita di akhirat nanti juga akan menjadi macam (tapi bukan sama) kelip2, masing2 membawa cahaya sendiri. Itu pun kalau ada cahayanya. Kalau tak ada maka bergelapanlah kita nanti.

Cahayanya adalah dari ibadah kita. Wuduk kita akan mengeluarkan cahaya di akhirat nanti. Ibadat kita yang lain juga akan membekalkan cahaya untuk kita.

Kalaulah cahaya tersebut tidak kita bekalkan sekarang maka kita tidak akan memperolehi cahaya tersebut di akhirat nanti. Nak berkongsi dengan orang lain punya cahaya mungkin tak boleh atau orang tak beri. Nak pinjam tak juga boleh. Nak beli tak ada yang dijual dan nak kita bayar dengan apa? Bukan ada RM atau USD atau Yen atau Euro. Bergelaple nampaknya.


Petikan dari ayat 8 Surah Tahrim berbunyi:

[8] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


KLIK SINI KALAU NAK BACA

dan DENGAR SURAHNYA:

66. At-Tahrim




1 comment:

dieya said...

besar nye tulisan pak andak??? hehhee