ADAB MAKAN – SEMASA MAKAN
1. MEMBACA BASMALLAH
Mulakan makan dengan membaca Basmallah (Bismillah hir Rahman nir Rahhim). Memadai dengan menbacanya sebelum memulakan makan. Elok jika boleh dibaca banyak kali ketika makan. Bacanya dengan agak nyaring supaya orang lain dapat mendengarnya dan jika mereka lupa membacanya, mereka akan teringat untuk berbuat demikian.
Sebutan Basmallah sebelum makan adalah untuk menyatakan syukur kepada Allah kerana kita boleh menikmati makanan tersebut. Ramai orang lain walau pun kaya raya tak boleh menikmati makanan kerana berbagai sebab termasuk sebab kesihatan. Jadi kita perlulah bersyukur yang kita boleh makan dengan baiknya. Kalau dah tak boleh apa boleh buat. Tengok sajalah orang lain makan.
Membaca Basmallah adalah juga sunah Nabi Muhammad SAW dan disarankan olehnya. Baginda pernah menyatakan ttentang adab hendak makan saperti berikut, maksudnya:
"Sebutlah nama Allah, Makan dengan menggunakan tangan kanan dan ambillah makanan yang terdekat dahulu”.
Apabile selesai makan maka katakanlah "Alhamdulillah" menunjukkan yang kita bersyukur kepada Allah yang memberikan kita rezeki makanan.
2. SUNAT MENGGUNAKAN TANGAN KANAN
Gunakan tangan kanan untuk menyuap makanan. Juga untuk mengambil lauknya. Menurut Kesahnya syaitan makan menggunakan tangan kiri. Jadi jika kita makan menggunakan tangan kiri, ini bermaksud kita meniru perangai syaitan.
Perlulah juga kita memegang minuman menggunakan tangan kanan juga.
3. MULAKAN DAN SUDAHI MAKAN DENGAN SEDIKIT GARAM
Memulakan makan dengan secubit garam adalah baik. Apabila lidah kita merasa garam tersebut ia akan meransang anggota yang berkaitan dengan permakanan kita menjalankan tugasnya dengan baik. Anggota badan kita akan tersedia untuk memproses bahan yang kita makan. Ia juga dapat menghalang penyakit.
Sudahilah makan juga dengan sedikit garam.
4. KECILKAN SUAP
Mengecilkan suap adalah baik untuk kesihatan. Ini adalah kerana makanan yang sedikit kuantitinya memudahkan makanan tersebut dihancurkan ketika di dalam mulut dan memudahkan penghazaman ketika makanan tersebut tiba ke dalam perut dan ursus.
Segala makanan perlulah dikunyah supaya ianya lumat dan mudah di serap zat makanannya. Jika tidak makanan tersebut tidak dapat diserp oleh badan kita dan hanya akan keluar sebagai bahan buangan badan kita (tahi).
Tujuan asas badan kita perlukan makanan ialah supaya segala zat makanannya dapat diserap oleh badan untuk, membesar, menggantikan sel-sel yang mati dan dorman dan menghalang penyakit dari menyerang badan kita.
Artikel terdahulu: ADAB MAKAN (Klik untuk lihatnya)
Lagi . . . . . Akan datang
Petikan Taskirah Madrasatul Huda dari kitab Sairus Salikin 2.
No comments:
Post a Comment