MAAFKANLAH . . . .
[Petikan perbincangan pagi TV2 ( Januari 9, 2010)]
Petuanya ialah kita janganlah menyimpan marah dan berdemdam. Kerana apabila kita menyimpan marah dan berdendam lama kelamaan sikap ini akan merosakkan diri kita sendiri. Ianya tidak akan merosakkan orang atau makluk benda yang kita marah atau dendamkan. Mereka itu akan hidup saperti biasa sama ada kita berdemdam atau tidak.
Sebaliknya jika kita memaafkan orang lain atau makluk lain ianya akan mambaiki keadaan emosi dan fisikal kita. Kita akan menjadi lebih sihat kesan dari tabiat kita memaafkan mereka. Tetapi kesan sebegini ramai yang tak mengetahuinya atau yang memahaminya. Nafsu manusia tidak membenarkan kita memahaminya, agaknya.
Apabila kita marah kita berupaya merosakkkan banyak perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita dan kepada manusia atau benda yang kita marahkan. Tetapi kebanyakan manusia tak perasan ianya boleh berlaku.
Kanak2 ketika mereka marah selalunya ia akan merajuk dan ada pehak akan memujuknya. Akibatnya perasaan marahnya akan hilang dan padam dengan cepatnya. Oleh kerana itu kanak2 bukan pendendam, maka persaaan marahnya tidak akan diungkit di masa akan datang. Hidup mereka asyek seronok sahaja saban hari tanpa memikirkan perkara yang negatif.
Biasanya, apabila orang dewasa marah tak ada siapa memujuknya. Mereka melepaskan geram marahnya dengan berbagai cara, termasuklah mendera dan membunuh. Ada pula yang bersikap tidak mahu bertindak balas tetapi mendiamkan diri sambil mendendam, menunggu masa untuk bertindak balasnya.
Ada pula yang menganalisa tentang apa yang berlaku dan membuat keputusan yang difikirkan sangat sesuai untuk bertindak. Inilah tindakan yang sangat positif yang boleh membawa kepada kabaikan untuk semua. Bertindak secara rasional, kata orang. Lawannya ialah bertindak secara memdadak tanpa berfikir dan hanya atas kehendak nafsu.
Perasaan marah dapat dikawal jika kita selalu memaafkan orang lain. Setiap malam sebelum tidor perlu kita meminta maaf kepada Allah atas segala kesalahan kita dan disamping itu kita menyatakan yang kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, jika ada. Juga kita halalkan apa yang diambil oleh orang lain dari hak milik kita. Perkara buruk yang berlaku di masa lepas perlu kita lupakan dan maafkan.
Setiap manusia mempunyai pengalaman, persaaan dan persepsi yang berbeza kepada sesuatu keadaaan kerana mereka mempunyai latar belakang hidup yang berbeza dan pegangan adab resam yang berlainan. Jika semua manusa mempunyai persepsi dan tindak balas dengan cara yang sama maka jadilah kita ini robot dan dunia tidak akan maju. Perbezaan antara manusialah yang membawa kepada kemajuan. Kalau semua orang suka makan lemang misalnya, maka tak cukuplah lemang yang ada dan tak lakulah makanan yang lain. Itulah sebab manusia ada yang suka lemang, ada yang suka soto, mee kari, dan lain2. Barulah ada perbagaian dan warna2 kehidupan.
Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada musuh kita ialah memaafkan kesalahan mereka.
Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada lawan kita ialah memberi ruang padanya.
Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada ibu bapa kita ialah perasaan megahnya/kepuasannya terhadap kita.
Perkara terbaik yang perlu kita berikan kepada anak cucu kita ialah pelajaran terbaik.
Kita manusia akan mendapat balik apa yang kita berikan kepada orang lain, mungkin dalam bentuk yang lain. Jadi perlulah kita memberi orang lain sesuatu yang baik untuknya. Jika kita memberi benda yang tak baik maka apa yang kita perolehi dari tindakan tak baik kita itu ialah perkara yang tak baik juga.
DUA KESAH
Kesah 1. Seorang wanita tahanan kem Nazi Jerman telah banyak kehilangan ahli keluarganya dibunuh dengan kejamnya. Beliau juga banyak menderita semasa di dalam kem tahanan. Apabila perang tamat dan beliau bebas (tetapi masih menderita kesan peperangan tersebut) beliau telah pergi ke sebuat gereja. Di situ beliau telah bertemu dengan ketua Nazi yang banyak menyeksa dan membunuh saudara maranya. Semasa itu Ketua Nazi tersebut telah menjadi padri di gereja tersebut.
Perasaan marah dan dendamnya terhadap ketua Nazi tersebut masih membakar dan untuk seketika wanita tersebut tak tahu apa yang hendak dibuatnya. Akhirnya beliau membuat keputusan memeluk ketua nazi tersebut ketika berhadapan dengannya dan kedua2nya kemudiannya menangis.
Wanita tersebut telah bertindak secara rasional dan tidak mengikut nafsu. Mungkin juga ketua Nazi tersebut sudah “bertaubat” menyesal atas kesalahannya dan membuat keputusan menjadi padri yang bersikap lemah lembut dan penyayang.
Kesah 2. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan kepada sahabatnya bahawa seorang manusia ahli syurga akan sampai tak lama lagi menemui mereka.
Apabila sahabat yang dimaksudkan oleh Nabi tersebut sampai sahabat2 yang lain tak nampak pun ada kehebatan sahabat tersebut bagi membolehkannya memasuki syurga. Selama tiga malam mereka memerhati kegiatannya tetapi juga nampak keistemewaannya untuk membolehkannya memasuki syurga. Beliau adalah saperti sahabat2 yang lain dari segi amalan dan kegiantannya.
Akhirnya mereka bertanya kepadanya apakah rahsia yang Rasullallah mengatakan yang dia akan memasuki syurga. Beliau menyatakan bahawa tiada apa yang berlainan dengan orang lain. Tetapi beliau berbuat: Pertamanya, setiap malam dia memohom keampunan Allah dan dia mengampunkan segala dosa orang lain terhadapnya. Keduanya di sentiasa berbuat baik kepada semua insan dan ketiganya dia membuat orang lain tak pernah tak suka padanya.
Hasilnya ketika di mahkamah Allah nanti beliau tidak ada siapa yang nak menuntut apa2 daripadanya. Maka pahala yang ada padanya tak berkurangan.
EGO:
Perasaan ego banyak yang membawa sikap negatif kepada manusia.
Ego dibena sendiri oleh manusia. Semasa kanak2, perasaan ini tak ada pun.
Semasa kecil saudara mara jarang sekali bergaduh dan kalau bergaduh pun mereka cepat berbaik semula. Apabila dewasa ego yang terbena akan menyebabkan mereka bergaduh dan bermasam muka dan berdendam lama.
Satu lagi sikap yang sangat baik ialah sikap menghormati mereka yang berperangai baik dan mengasihani mereka yang berperangai secara negatif. Jangan salahkan mereka yang bersikap negatif tapi kesihanilah mereka. Mungkin mereka tidak terdidik untuk bersikap positif kerana tiada panduan ke arah itu ketika mereka kecil dahulu.Merela tersalah didik dan terbawa2nya hingga ke tua. Kalaulah kita holeh tolong membaiki perangai buruknya itu silakanlah. Pahala besar menanti.
Bersikap baik tak akan merugikan kita kerana kita akan mati dan sikap terpuji inilah yang akan menolong kita selepas itu.
Kandungan perbincangan telah diubah suai
TV2 dan tetamunya
"Bila dengar saya lupa. Bila ditulis saya ingat. Kalau terlibat tentu saya lebih faham".
No comments:
Post a Comment