Friday, 8 January 2010

KHUTBAH - BERSATULAH

KHUTBAH


Khutbah Jumaat minggu ini di masjid dekat rumahku menarik juga. Tentang Palisten dan sengsara hidup rakyat Islamnya.

Mereka tersepit di antara kaum Yahudi dan saudara se Islam mereka. Sudah terkenal kaum Yahudi sedang mengusir mereka dari tanah air mereka. Berbagai cara dirancang dan diusahakan bagi mengusir rakyat asal Palistin dan perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan.

Ramai juga manusia yang prihatin dan membantu. Akan tetapi rakyat Palistin terus menghadapi kehidupan sengsara.

Bertambah sengsara apabila umat Islam yang berhampiran enggan membantu mereka malah menghalang mereka menerima bantuan dari pehak yang cuba membantu mereka.

Negara Masir dikatakan telah menutup sempadannya dengan Palistin kerana tidak mahu membenarkan bantuan sampai ke rakyat Palistin yang memerlukan. Malah mereka membena tembuk di sempanan supaya bantuan tersebut tak dapat bolos memasuki Palistin. Tembok bawah tanah? http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Dengan lain perkataan bantuan dari luar disekat dan dikawal.

Kenapa ini berlaku?

Salah satu sebab adalah kerana mereka rakyat palistin, tidak bersatu. Mereka sekarang ini terbahagi kepada dua puak (atau mungkinkah lebih?) yang bertelagah. Palistin sekarang terbahagi tiga: Palistin Israel, Palistin Fatah dan Palistin Hamas.

Akibatnya, jika dalam sebulan itu ada 30 hari, maka 10 hari akan digunalan untuk mereka bertelagah, 5 hari untuk menyusun dan memikirkan cara mengalah lawan senegaranya, 5 hari lagi untuk cuba berunding berdamai dan bersatu semula melawan musuh yang satu itu, 5 hari lagi untuk perpakat sama kumpulan sendiri bagi mendapat sokongan mereka. Ops! Tinggal 5 hari lagi untuk bertindak mencapai kejayaan.

Wal hal musuh utama mereka ada 50 hari dalam sebulan untuk mengusir dan membunuh mereka. Apa taknya, mereka sendiri ada 30 hari penuh untuk bertindak dan dibantu oleh 20 hari lagi yang "disedekahkan" oleh setukunya. Itu tak termasuk beberapa hari bonus (adakah ini sedekah juga?} apabila segala tindakan mereka tidak menerima apa2 tentangan. (Kerja sehari dapat dibuat dalam masa hanya 15 jam, 9 jam lagi boleh berehat atau buat kerja lain).

Itu tak masuk lagi beberapa hari lagi yang Palistin terpaksa gunakan untuk memujuk rakan sahabatnya di negara berdekatan untuk menyokong mereka. Bukannya senang bagi mereka untuk mendapat sokongan. Jadi terpaksalah pinjam beberapa hari untuk menampong melengkapkan 30 hari dalam kehidupan rakyat Palistin ini. Diistilahkan, mereka terpaksa ada “borrowed time”, masa yang dipinjamkan. Bila pula nak bayar balik?

Maka . . .

Bersatulah rakyat Palistin.

Bersatulah Rakyat Palistin.

Bersatulah.


Bersatulah untuk menjadi kuat dan berdikari. Bantuan pasti akan datang.

Lagi berita sedih;
http://perakexpress.com/www/2010/01/09/jangan-khianati-saudara-kita-di-palestin/


No comments: