Saturday, 22 May 2010

75. AL-QIAMAT (Bacaan Solat Subuh Mei 23)

*****************************************

075 SURAH AL- QIAMAT

(Klik sini untuk baca dan dengar Surahnya)


******************************************************

Surah ini mengandungi 40 ayat dan diturunkan di Mekah

Secara rengkas, Surah ini menyatakan bahawa bukannya susah bagi Allah untuk menghidupkan kembali manusia setelah mereka mati nanti.

Manusia ini dijadikan Allah dari setitis mani yang dibentukkan menjadi manusia yang sempurna dengan dibekalkan akal fikiran dan pancaindra.

Akan tetapi manusia banyak yang membantah dan ingkar dari menurut apa yang diwahyukan oleh Allah melalui rasulNya dan KitabNya. Mereka tak percaya kepada adanya hari akhirat dan hari penerimaan balasan dari apa yang mereka lakukan dan yang tak mereka lakukan semasa mereka hidup di dunia ini.

Walau bagaimanapun negeri akhirat akan tetap menjelma dan mereka sudah tentu akan tetap menghadapin kehidupannya.

Beruntunglah mereka yang beriman dan beramal soleh dan celakalah mereka yang kufur dan ingkar ketika itu. Segalanya adalah atas pilihan mereka sendiri setelah diberi panduan dan jalan.

Dalam Surah ini Allah bersumpah dengan Hari Kiamat dan “Nafsul Lawwaamah” bahawa manusia akan dihidupkan semula selepas mereka mati nanti. Tetapi mereka yang kafir tidak percayan ianya akan berlaku.

Apabila ianya berlaku mereka yang kafir tersebut akan menjadi kecut dan tak tahu ke arah mana nak melarikan diri kerana tiada lagi tempat untuk menyelamatkan diri mereka. Tempat perlindungan hanyalah di sisi Allah.

Pada hari itu segala pekerjaan baik mereka akan dibalas baik dan perbuatan jahat mereka akan dibalas dengan azab sengsara. Anggota badan mereka pula akan berkata benar dan menjadi saksi atas segala perbuatan yang mereka telah lakukan.

Semasa di dunia ini, mereka yang lalai ditegur supaya jangan pentingkan dunia yang sementara ini dan melupakan keadaan akhirat yang kekal penghidupannya. Pada hari akhirat nanti orang yang beriman akan beseri2 dan hidup bahagia, sementara yang kafir akan terseksa dengan azab sengsara.

Ingatlah tatkala roh orang yang nak mati ketika sampai ke kerongkongnya dan ia yakin sampai masa perpisahannya dan kedahsyatannya bertindih2.

Mereka yang tak percahayan hari akhirat akan mendustakan Allah dan berpaling ingkar dan tidak mahu mengerjakan sembahyang. Juga berlagak sombong megah.

Hari kebinasaan sudah pun hampir. Ingatlah bahawa Allah tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja tanpa diberi tanggung jawab. Dan mereka pasti akan dihidupkan semula untuk menerima balasan.

Manusia dijadikan Allah dari air mani untuk menjadi manusia yang sempurna. Adakah Allah tidak pula berkuasa menghidupkan kamu semula selepas kamu mati kelak?

Disamping itu janganlah tergesa-gesa membaca Al Quran dengan tujuan hendak cepat menghafalkannya. Allah berkuasa menyebabkan kamu faham dan dapat menghafalkannya tanpa kamu tergesa berbuat demikian.

Tamat






RENGKASAN SURAH


No comments: