KUASA GHAIB
Kebelakangan ini saya banyak juga terlibat dengan kuasa ghaib. Yang saya maksudkan ialah kuasa yang saya tak nampak adanya tapi ianya hadir tanpa kita dapat melihatnya. Bukannya kuasa yang ada kaitan dengan bomoh atau sihir.
Beberapa tahun dahulu seorang sahabat saya Hahacem (@Hahacem.Blogspot.Com) pernah menggunakan "kuasa ghaibnya" mengesan yang saya ada masaalah dengan mata kanan saya. Benarlah apa yang beliau kesankan itu kerana kanta kanan mata saya memang bermasaalah dan telah pun ditukar kepada kanta jenis plastik pada 29 Mac yang lalu.
Saya pernah melawak dengan kawan2 saya yang doktor yang membuat pembedahan tersebut terlupa nak membuang tanda nama pada kanta tersebut dan jika dilihat kanta pada mata kanan saya sekarang ini tentu nampak ada tertulis “HOYA - Made in Japan”. Mereka gelak sahaja pada lawak tersebut. Saya nak sebutkan lawak tersebut pada doktor berkenaan tetapi segan juga kerana mungkin beliau tak tahan lawak. Lagi pun saya tak biasa lagi dengannya walaupun beliau kelihatan ramah orangnya.
Hahacem berjaya mengesan masaalah pada mata kanan saya menggunakan teknik kuasa fikirannya.
Caranya begini:
Beliau fikirkan anggota badan saya yang hendak dikajinya. Misalnya, jika beliau nak tahu sama ada mata saya ada masaalah, apa yang beliau buat ialah fikirkan tentang mata saya dan kemudian tolakkan tangan saya ke arah bawah (tatkala itu saya dalam keadaan berdiri dengan tangan ditegakkan separas bahu saya). Jika tangan saya turut turun dengan mudah maka itu bermaksud mata saya ada masaalah. Kalau tangan saya tinggal tetap di tempat asalnya, maka mata saya dianggap OK, tak ada masaalah. Anggota badan yang lain juga dikesan samaada bermasaalah atau tidak dengan cara yang sama.
Pada tiorinya terdapat perkaitan pemikiran Hahacem dengan anggota badan saya. Dan mereka boleh bercakap dengan menggunakan "bahasa isyarat". Seolah2 Hahacem bertanya anggota badan saya samaada ianya Ok atau tidak. Kalau OK tangan saya akan berada tetap bila ditolak ke bawah. Jika ianya bermasaalah maka tangan saya mudah ditolak ke bawah.
Perkara yang sama saya tonton di TV2 pagi tadi. Apa yang berlaku ialah Angie (kalau tak silap namanya) disuruh berdiri dengan tangan di paras bahu dan dan disuruh menyebut namanya beberapa kali. Bila tangannya ditolak kebawah ianya tak bergerak.
Angie kemudiannya disuruh menyatakan yang namanya ialah “Beng Hock” beberapa kali. Peliknya tangannya dengan mudah ditolakkan kebawah. Katanya lain perasaannya bila menyatakan namanya lain dari nama sebenarnya.
Inilah bezanya jika kita bercakap benar dengan jika bercakap tak benar (bohong). Anggota badan kita akan menjadi “lemah” jika kita tak bercakap benar atau kita berbohong.
Sebelum itu Angie disuruh mengingati seorang yang beliau paling sayang. Bila ditolak tangannya ke bawah ianya tak bergerak. Bila disuruh mengingati orang yang palin beliau benci terus tangannya mudah ditolak ke bawah. Katanya ia merasa tak selesa bila mengingati perkara yang tak baik.
Cerita yang sama dinyatakan oleh Dr Muhaiya Muhammad di TV1 beberapa bulan dahulu. Dr Muhaiya telah menyuruh pelanggannya, emak kepada seorang kanak2 merenong kanak2 tersebut dengan perasaan kasih sayang. Dan bila tangan kanak2 tersebut ditolak ke bawah ianya tak bergerak dan berada tetap ditempat asalnya. Kemudian disuruh ibunya memandang anaknya dengan perasaan geram atau marah. Didapati tangan kanak2 tersebut dengan mudah boleh ditolak ke bawah.
Mengikut ceritanya ibunya merasa hairan tak percaya kesan perasaannya mendatangkan pengaruh kepada keadaan anaknya (menjadi kuat atau lemah).
Pelajarannya: Kanak2 (orang lain pun sama) akan “lemah” bila kita geram atau marah padanya dan akan jadi “kuat” jika ada perasaan kasih sayang terhadapnya.
Beberapa minggu dahulu TV2 ada menunjukkan rantai yang boleh memberi tenaga pada badan kita. Dengan memakai rantai tersebut badan kita akan dapat lebih tenaga.
Beberapa tahun dulu ada orang yang menjual kayu “Koka” yang dikatakan adalah kayu yang serupa dengan yang digunakan oleh Nabi Nuh membuat bahteranya. Ramai juga yang membelinya. Tapi ada Ustaz yang mempertikaikannya dan melarang membelinya.
Sebelum itu ada yang menyatakan susu awal lembu baik untuk diminum dan harganya mahal juga. Aleh2 ianya adalah satu penipuan. Kawan saya ada yang terkena sebab membelinya.
Kuasa ghaib memang ada.
Atas kebijaksanaan kita mempelajarinya dan menggunakannya.
Ilmu Allah sangatlah luas dan banyak lagi yang kita tak tahu dan yang belum kita terokainya. Rugilah kalau kita tak tahu dan tak ambil tahu.
No comments:
Post a Comment