Wednesday, 7 April 2010

YANG MUDAH

BUATLAH YANG MUDAH

Yang kita perlu ialah hanya membuat sesuatu yang mudah. Kita tak perlu membuat sesuatu yang rumit kerana ianya kurang bermakna berbanding dari membuat perkara yang mudah. Orang yang bijak tidak akan terus membuat perkara rumit tetapi akan membahagikan perkara yang rumit tersebut kepada bahagian2 mini yang mudah untuk diambil tindakan. Perkara yang mudah sangatlah mudah dikendalikan. Jadi mereka pecahkan perkara yang rumit kepada komponen2 yang mudah sebelum membuat apa2 tindakan. Sudah tentu ia akan berjaya kerana ianya mudah dibuat.

Contoh terbaik ialah: Kita tak perlu kepada berbagai jenis makanan yang mengelerakan dan yang mengandungi berbagai cita rasa dan warna yang mengeliurkan kita. Jika sebegini yang untung hanya mereka yang menyediakan makanan tersebut kerana mereka dibayar dan mendapat wang hasil usaha mereka itu. Kalau tak dibayar mereka ini penat sahaja jika dikira, kecualilah jika mereka ada niat lain yang dirasakan menguntungkan mereka, saperti nak dapat pujian atau nama baik.

Yang rugi ialah kita. Kerana apa? Kerana kita kena membayar lebih.

Dan malangnya lagi, apabila badan kita akan menolek semua itu tanpa kita ketahui.

Badan kita hanya perlukan yang simple atau yang mudah. Yang diperlukannya ialah Karbohaidrat, Protin, sedikit lemak dan bitamin dan serat. Maka bahan makanan yang kompleks itu terpaksalah dihuraikan oleh badan kita kepada bukanya bahan lain melainkan kepada Karbohaidrat, Protin, lemak, bitamin dan serat untuk diserap mengikut kuantiti yang diperlukannya sahaja. Jika berlebihan, ianya akan disimpan sebagai “gemok” atau “lebihan berat badan” atau dibuang melalui usus besar . . . . Yang tak sedapnya pula kalau nasib tak baik ianya akan mendatangkan berbagai penyakit.

Tetapi manusia tak kesah sangat apa yang badan kita hendak. Yang penting ialah nafsu makan. Asalkan ia dapat makan yang sedap sudah. Asalkan ia merasa ada “class” sudah.

Baiknya ialah ianya akan menjana ekonomi kerana apabila kita berbelanja lebih orang lain akan untung dan mereka pula terus berbelanja. Edaran perbelanjaan ini akan menjana ekonomi yang dinamakan “kesan gandaan”. Nilai RM1 jika terus digunakan akan meningkat nilainya menjadi misalnya RM80. Kalau kita simpan akan tetap bernilai hanya RM1.

Kenapa kita mengungah apabila kita makan? Ini adalah kerana secara tak kita sedari, kita mahukan makan kita menjadi simple atau mudah, supaya ianya mudah dihadhamkan oleh perut kita. Tak kira apa yang kita makan kita perlu pecahkan makanan kita kepada bahagian yang kecil supaya badan kita mudah menyerapkannya.

Makanan tersebut perlu dihancurkan supaya protin yang ada, karbohairat yang ada, lemak yang ada dan vitaminnya dapat diserap oleh badan kita. Yang lainnya adalah bahan “tendang keluar” direjek oleh badan kita untuk dikeluarkan melalui usus besar kita.

Jadi jadikan kita manusia yang memudahkan segalanya. Makanlah yang simple dan buatlah pekerjaan yang simple. Jika ianya rumit jadikannya simple sebelum bertindak. Kerana yang simple itulah yang kuat.

Demikianlah hasil dari sessi rancangan pagi Selasa, Jam 0820 April 6, 2010 di TV2 bertajuk “Yang mudah itu sangat berkuasa”.

Permudahkanlah segalanya dalam kehidupan kita. Jadikanlah ianya simple. Yang susah dan rumit kita olahkan supaya ianya menjadi pecahan yang simple supaya ianya menjadi mudah untuk kita jayakan.


Kerana yang simple itulah yang kuat.


No comments: