(Petikan perbincangan TV2)
TUJUAN HIDUP dan MENGURUSNYA
Sejak persenyawaan benih ibu bapanya, manusia telah pun berjaya dan akan terus berjaya kerana mereka dijadikan Allah untuk berjaya bukan untuk gagal dalam hidup mereka. Ini adalah kerana hanya satu sahaja benih bapanya dari sejumlah 300 juta benihnya berjaya bertemu dengan telor ibunya untuk menghasilkan janinnya. Benih yang berjaya inilah yang akan terus menempah kejayaan sepanjang hidupnya. Yang lainnya gagal dan terus termusnah. Inilah satu kejayaan yang sangat besar. Inilah kejayaan pertama manusia tersebut dan dia akan terus berjaya.
Kerana manusia disediakan kesemuanya untuk berjaya.
Hanya yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya yang akan gagal. Ini adalah pilihannya sendiri dan "sengsara hidupnya" akan ditanggungnya sendiri nanti.
Manusia sebegini biasanya akan mengungkapkan perkataan saperti: "Dah nasib saya, apa nak buat" atau "Saya tak mampu nak buat" atau "Ini dah cukuplah bagiku" atau "Aku tak berupaya" atau "Tiada siapa yang nak tolong saya" atau lain-lain ungkapan bersifat putus asa.
Mereka ini perlu kita bantu menaikan semangatnya untuk terus hidup berjaya. Kalau tidak malanglah baginya dan bagi manusia lain yang diperanguhinya, termasuh anak cucunya.
Mungkin alam keliling mereka telah mengagalkan mereka untuk dapat berfikir yang mereka itu adalah manusia yang ada keupayaan untuk berjaya dan pasti akan berjaya jika mereka cuba berusaha dan berkeyakinan. Kegagalan manusia jika ditakdirkan adalah satu ujian. Al Quran pun ada menyatakan bahawa (orang Islam) itu diuji Allah.
Juga mereka ini juga tidak mengetahui apakah tujuan hidup.
Manusia perlu ada tujuan hidup.
Dan sebagaimana kita berbuat sesuatu kepada dunia, maka dunia akan berbuat perkara yang sama kepada kita. Kalau kita bencikan dunia maka dunia akan bencikan kita. Dan kalau kita sayangkan dunia makan dunia akan sayangkan kita.
Terdapat satu sajak yang berbunyi, lebih kurang:
Saya tidur dan bermimpi yang hidup adalah membahagiakan
Bila terbangun saya dapati hidup adalah untuk berbakti
Saya berbakti dan dapati ianya itu sangat mengumbirakan.
Bila terbangun saya dapati hidup adalah untuk berbakti
Saya berbakti dan dapati ianya itu sangat mengumbirakan.
Manusia perlu menanyakan diri sendiri bagaimana ia boleh berbakti kepada dunia? Bagaimana ia boleh menambahkan perkhidmatan dan keseronokan kepada dunia? Jangankah membuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Ini adalah kerana jika ramai atau semua manusia bersikap memberi khidmat kepada dunia maka kesemua manusia akan bahagia dan hidup selesa.
Kalau semua kita sedia memberi khidmat di antara satu sama lain maka masyarakat tidak akan mempunyai sikap irihati dan sombong atau berdengki berkianat. Masing-masing akan saling membantu dan masyarakat akan hidup dalam harmoni.
Kesannya, masyarakat akan mempunyai perasaan kasih sayang, keseronokan hidup, keindahan hidup, kemesraan dan berperasaan hendak sentiasa berbuat baik.
Diwaktu pagi kita akan bangun dengan perasaan kasih sayang, seronok dan berjiwa tenang. Sewaktu hendak tidur pula kita akan berperasaan berpuas hati, aman tenteram dan tiada perasaan keciwa.
Keesikan harinya, kita akan bangun dengan merasa sihat dan bersedia untuk meneruskan kehidupan yang membahagiakan.
Hidup bukan untuk sesuatu benda atau orang, akan tetapi adalah untuk dunia. Ada manusia yang jika orang yang disayanginya meninggal maka putuslah segala harapannya untuk hidup dan ia sanggup untuk membunuh diri dan tak sanggup meneruskan hidupnya. Ada pula yang membunuh diri keciwa kehilangan harta benda atau keciwa tidak berjaya dalam peperiksaan.
Ini adalah perbuatan yang sangat mengeciwakan. Tak tahukah mereka bahawa segalanya di dunia ini adalah sementara dan kita perlu bersedia untuk menghadapi perkara yang sementara ini. Disamping itu kita disediakan terlalu banyak alternatif bagi mengantikan perkara yang sementara ini.
Dan tidak satu daripada kemua benda-benda di dunia ini adalah hak milik kita sebenarnya. Ianya adalah kemudahan bagi kita sahaja dan ianya boleh bila-bila masa sahaja hilang lenyap tanpa diduga.
Jasad kita juga adalah sementara. Rambut kita baru berusia dua bulan, hati kita sebulan dan tulang kita tiga bulan. Sel benda-benda ini akan mati untuk digantikan dengan sel-sel yang baru. Bermakna jasad kita pun tak kekal. Yang kekal hanyalah roh kita dan Penciptanya.
Akan tetapi yang Maha Mulia, Allah, sentiasa ada bersama kita, menjaga dan memberi segala kemudahan kepada kita. Maka bergantung dan berharaplah kepadaNya. Dia tidak akan mengeciwakan kita.
Perasaan Manusia:
Manusia dewasa mempunyai empat peringkat perasaan penghidupannya.
Yang pertama ialah diri mereka mahu keadaan fisikal mereka baik (kuat, tampan tanpa cacat).
Peringkat keduanya ialah mereka mula berlawanan antara satu sama lain untuk menjadi wira yang terbaik. Mereka mahu disanjung. Mulalah bereka bersaing antara satu sama lain dan berlagak dengan pakaian yang terkini, misalnya.
Peringkat ketiga ialah peringkat di mana kepentingan kepada diri mereka sendiri beransur kurang dan mereka mula mementingkan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Mereka mula bertanya (dizahirkan atau di dalam hati mereka) apakah yang mereka boleh buat dan bantu? Kepuasan mereka berubah kepada kepuasan membuat orang lain bahagia dan berpuas hati dengan segala tindakan mereka. Dan masyarakat akan menganjungi mereka yang sebegini.
Dan peringkat keempat ialah di mana tahap kehendak atau keutamaan kepada perkara dunia diambil secara minima dan yang perlu sahaja. Di peringkat ini mereka merasa puas dan selesa dengan cara hidup sebegini, hidup bertawakkal.
No comments:
Post a Comment